Tuesday, February 15, 2011

Salam Maulidur Rasul


Salam maulidur Rasul untuk semua, cuti-cuti ni plan nak buat apa? mesti ada menu special hari ni kan... Sambil kita bergembira cuti ni dan sambil masak2 kat dapur marilah sama-sama kita berselawat ke atas junjungan besar kita Nabi Muhammad s.a.w. agar kita mendapat syafaatnya diakhirat kelak dgn izin Allah. Pada hari isnin bersamaan 12 Rabiul Awal tahun Gajah (25 April 571) telah lahir ke dunia nabi terakhir yang diutuskan Allah. Marilah kita sama-sama mengamalkan dan mengikuti sunnahnya dan menjadikan Nabi Muhammad ikon dan contoh sepanjang zaman. Tirulah akhlak dan budi pekertinya yang mulia lagi terpuji.. wassalam

Sunday, February 13, 2011

Exam...

Salam semua, ada yg windu ker? eheheh perasan.. tuan rumah kedaung teramat lah busy menelaah buku sebab akan exam mid sem pada 14 Feb dan 21 Feb ni.. ada 2 paper jer. Tapi maklumlah student veteren yang banyak sgt gangguan luar yg terpaksa dilalui maka byk masa diperlukan utk study. Masak pun ala kadar ajer..membaca mcm rasa dah paham tp bila explain balik cam tak paham. Banyak buku perlu dibaca dan kena search internet utk cari maklumat sambil ber fb hehehee.... lecturer ajar gitu2 jer tp expect kita tahu banyak dan tahu semua. Soklan peksa pulak more to application dan bukan direct question. Ada 3 soklan esei dan 100 soklan objective yg perlu dijawab dlm masa 1 1/2 jam..hish cukup ke masa...Gerun nie...


Apa-apa pun wish me luck, moga Allah permudahkan saya utk menjawab soklan dgn baik sekali dan dapat results yg elok. Malu kat adik2 yg amik lebih banyak subjek tp boleh score compare dgn saya yg amik 3 subjek jer (satu subjek takde exam..horaay). Wassalam...

Note: semua gambar ihsan dari google

Monday, February 7, 2011

Pau...Oh Pau...

Amacam cun tak pau ni? selain dari cun dan gebu, pau ni pun memang sedap. Tapi jgn salah sangka dan tak perlu lah skrol ke bawah utk cari resepi sebab mmg tak kan jumpa pun sebab pau ni bukan aku yg buat, kedai mari, aku beli yg frozen jer jenama Karts.

Aku ada memori daun pisang dgn jenama karts nie sebab dulu lepas abis belajar aku penah pi interview kat kilang ni nak minta koje QA. Kilang dia kat area Shah Alam, dgn penuh mengharap dan baju kurung coklat aku pun pegi lah interview kat situ. Beriya dia suruh aku test diaorg punya pau, ok ke tak, tanya aku sanggup tak kalau hari2 kena buat food testing pau, aku yg mmg nak sgt keje masa tu, mmg akan kata boleh ajer..walaupun aku tak dpt nak membayangkan muka aku yg akan gebu mcm pau sbb hari2 kena paksa makan pau. Tapi nampaknya bukan rezeki aku... tak dpt pun keje situ..mungkin diaorg tau niat aku yg tak ikhlas itu..hehehehe..selain dari pau ada gak pizza dan makanan frozen lain yg brands ni jual.. cuba lah aku promote free jer nie...


Aku setakat ni adalah 3-4 kali cuba buat pau, tapi semuanya nan ado.. tak menjadi seperti yg diharapkan. Rase pobia nak cuba lagi, beli lagi senang dah tentu jadi..takyah susah2..malas pun sebenarnya aku ni.. nak bagitau ada satu kedai kat tempat aku jual pau yg guna tepung wholemeal..mmg sedap dan gebu sesangat walaupun dah sejuk.. terasa sihat pun ye bila makan pau wholemeal, murah pun murah cuma rm1.20 jer seketul besar.. ada tempat tu rega sampai rm1.80 tp rasa ntah apa apa ntah...

Sunday, February 6, 2011

Kek Alunan Kasih


Salam semua.. seronok ker cuti lama2 sempena raye cina nie? tentu seronok kan..cuma yg tak best bila dah nak kena balik semula ke rumah sendiri menempuh jalan jam dan baju kotor yg berlambak2 hehehehhe.. oklah nak tayang kek yg dibuat utk buah tangan masa balik ke kg tempoh hari.. resepi asal dari Pn Mastura dlm fb kongsi resepi tapi yg ni c&p dari umah kak Am Flora, sbb malas nak menaip semula. Aku punye alunan takde lah secantik member2 yg lain, tp boleh lah, kira jadi lah jugak. Memang sedap kek ni, kalau biar 2-3 hari jadi lagi moist...


KEK ALUNAN KASIH
(Sumber : Pn. Mastura Yasak - FB {Kongsi Resepi})

BAHAN-BAHAN:-
  • 5 Biji Telur
  • 1 ½ cwn Planta atau (250g) - akak ltk 250g butter
  • 2 ½ cwn tepung gandum (ayak sekali dgn baking powder)
  • 2 cwn gula halus (boleh kurangkan..sy guna 1 ½ cwn je) - akak pun kurangkan
  • 1 sudu kecil baking powder atau 3 sk (sudu kfc)
  • ½ cwn susu cair**
  • 1 sudu kecil esen vanilla (bole guna perasa lain juga)
  • *Sebuk koko (secukupnya)
  • *Pewarna ( ikut citarasa masing2..)
    *sediakan tapis teh yg halus..utk ayak serbuk koko.

Cara2:

  • Pukul planta dan gula smpai kembang...
  • Masukan telur satu persatu..pukul lg smpai kembang
  • Masukan *esen vanilla, susu cair…gaul hingga sebati dan masukan tepung sedikit demi sedikit..
  • Bahagikan dua bahagian..campurkan pewarna pink dan satu bhgn pwrna hijau…
  • Griskan loyang dan tabur sikit tepung..masukan adunan pink..ratakan dlm loyang dan
  • ayak *serbuk koko menutupi lapisan pertama…ayak nipis2 jer..
  • Then masukan lapisan kedua..warna hijau..ratakan perlahan2.. (jgn smpai serbuk koko di lapisan pertama td terangkat)…ayak serbuk koko di atas lapisan kedua..
  • Mcm tu lah seterusnya..smpai adunan abis…
  • Bakar lebih kurang 45min..160 Degree ikut oven masing2…

Dah siap packing tuk bawa balik kg, satu utk umah kakak n satu utk MIL..

Wednesday, February 2, 2011

Haruskah....

Gambar ihsan dari Harian Metro by Effendy Rashid

Dah lama kami tak balik kg, last balik masa raya haji ari tu. Cuti panjang raye cina ni ingat nak balik la menjenguk mak kat kampung, anak-anak pun dah exited. Tapi yang sedihnya jalan nak balik ke kg dah dinaiki air..banjir ooo... seram pulak nak redah. Tengok cuaca 1-2 hari ni mcm dah ok, harap-harap air dah surut so dapatlah kami balik kg cuma yg risaunya kalau ujan semula dan kami terkandas kat kg mcm mana ye?

Teringat masa banjir besar di kota tinggi dulu mmg terputus hubungan, ada duit pun tak boleh nak keluarkan nak beli brg pun stok kat kedai dah habis. Rumah mak kami mmg tak kena banjir cuma jalan nak ke sana jer yg tak boleh nak lalu...huhuhu.. harap2 perkara ni tak terjadi lagi..kesian kat diaorg fobia yg amat sgt.. nama ajer kota tinggi tapi tenggelam...

Kalau takde halangan mlm ni kami akan bertolak balik..doakan keselamatan kami yea.. pada kawan2 yang menyambut chinese new year saya ucapkan selamat tahun baru.. mana angpaunya? takde angpau limau sekotak pon jadi lah..hehehe. Selamat bercuti panjang... Hati2 dijalan raya..ingatlah org2 yg tersayang....

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails