Monday, November 28, 2011

Cheesecake


Salam maal hijrah..apa khabar semua?? sihat lah hendaknya. Marilah sama-sama kita berhijrah menjadi lebih baik dari yang sebelumnya dan semoga Allah memberkati hidup kita dan sentiasa dibawah rahmatnya. Amin.

Dah lama tak update kan? nak kata busy sesangat tu takde lah juga..maybe mood blogging dah suam2 kuku..hehheeh. kali ni rasa nak letak resepi cheesecake since ramai member mintak.... sila lah salin dan rajin2 cuba membuatnya yea... dah cuba bg le sepotong dua utk dirasa..hehehehe.

Bahan-bahan:
  • 500gm cream cheese (nak sedap brand phildaphea)
  • 3 biji telur
  • 1 cwn sour cream
  • 3/4 cwn gula
  • 1 sudu teh esen vanila
utk base
  • 1 packet biskut digestive
  • 100 gm butter- dicairkan

Cara-cara:-
  1. Panaskan oven pada suhu 170 C
  2. alas loyang dengan aluminium foil atau kertas minyak.
  3. hancurkan biskut digestive dan gaulkan dengan butter yg cair
  4. tuangkan ke dalam loyang, tekan2 bagi rata dan padat dan sejukkan atau bakar 10-20 minit.
  5. Dalam mangkuk yg bersin pukul cream cheese hingga lembut
  6. masukkan gula dan pukul lagi.
  7. masukkan sour cream dan pukul lg
  8. masukkan telur satu persatu serta esen vanila
  9. tuangkan ke dalam loyang berisi biskut
  10. bakar gunakan kaedah bain marie (masukkan ke dlm loyang yg lebih besar dan berisi air panas)
  11. bakar selama 45-60 minit
  12. bila dah berbau dan kekuningan boleh lah di keluarkan dan sejukkan diluar
  13. simpan dalam peti ais 4 jam atau semalaman sebelum dipotong atau dimakan utk rasa cheese yg sebenar.

Sunday, July 17, 2011

Daging Goreng ala Kaprau

Memang sedap daging masak mcm ni kalau tak caya cuba tanya K.Nor secubit garam. Kak Nor beriya-iya kata lauk ni sedap dan mmg kena dgn selera keluarganya... dan bila Jamie try memang ternyata mabeles. Cuma bila Jamie buat guna paste tomyam jenama nona, rasa agak termasin sikit walaupun tak letak garam langsung, jd sapa2 nak guna tomyam paste jenama nona berhati2 sikit la..yg lain semua ok. Utk resepi ni jamie guna daun limau purut dan daun selasih, sebab memang ada tanam sendiri dua-dua pokok tu, lagi satu jamie tambah serai jugak. Sapa2 takde idea nak masak daging tu boleh cuba resepi ni...

DAGING
GORENG ALA KAPRAU
resipi : K.Jee

BAHAN2:

250 gms daging batang pinang dihiris nipis (atau ayam)
2 sudu besar paste tomyam (Kjee guna paste Adabi)
cili api diketuk2 (ikut kepedasan. resipi asal mesti pedas)
2 labu bawang besar (dibelah lapan dan dicerai2kan)
1 sudu besar kicap manis
1 sudu besar sos cili (Kjee guna sos cili Thai)
daun selasih (Kjee tak bubuh sebab tak ada. Ada daun selasih sedap sangat)

CARA:
  1. Perap daging yang telah dihiris bersama 2 sudu paste tomyam selama ½ jam.
  2. Kemudian tumis 1 labu dulu bawang besar yang telah dikerat 8.
  3. Masukkan cili api yang telah ditumbuk kasar.
  4. Setelah agak garing, masukkan hiriisan daging yang telah diperap dan goreang hingga daging kecut.
  5. Masukkan kicap manis dan sos cili dan terus goreng. Masukkan daun selasih yang telah dipetik2, dicuci dan ditoskan.
  6. Masukkan juga baki 1 labu bawang besar. Setelah bawang besar layu, padamkan api dan hidang.

Wednesday, July 13, 2011

Aqiqah Khalish

Alhamdulillah majlis aqiqah untuk Khalish dah selesai dibuat pada 19 Jun 2011 tempohari. Terima kasih pada semua tetamu yg sudi datang meraikan majlis tersebut. Sapa2 yg tak dapat datang tu , xpelah maybe takde rezeki korang nak makan kambing golek kami. Majlis start lepas zohor dan kami jemput org2 surau untuk bacaan tahlil ringkas di rumah..

Seksi tak kambing ni. Memang sedap..langsung tak berbau kambing dengan rempah BBQ mmg meresap dlm daging. Dua ekor kambing ini ditempah siap masak dari Best Farm Batu Cave. Memang terbaek dari ladang....


Menu yang dihidangkan adalah nasi tomato, ayam masak merah, dalca daging, acar nenas, papdom yang ditempah dari restoran ibu mertuaku. Dgn murah hati ibu mertuaku bagi rojak buah Penang, memang terbaekkk... mekasih pak cik Johan
Pulut kuning dan rendang berserta sambal dimasak oleh makcik (kakak emak) yang dtg dari Serting, terima kasih banyak2 sbb dtg awal dan tolong masak2. Untuk dessert aku buat apam polkadot, papermint kek dan marble cheesecake...

Friday, July 8, 2011

Nasi Tomato n the Geng

Rasa teringin nak makan nasi tomato sebab tak sempat nak merasa masa buat kenduri aqiqah aritu. Penat sgt dan sibuk melayan tetamu smpi tak sempat dan takde selera nak makan, Bila majlis selesai, makanan pun semua dah langsai... alhamdulillah makan semua cukup2 utk tetamu yg hadir. Resepi asal dari Kak Liza tapi yg ni C&P dari dapur Cik Mat Gebu yg semakin glamor itew...

Bahan-Bahannya:-

5 cawan beras Basmathi, cuci dan rendam 20 minit. Toskan
1/2 cawan susu cair
4 biji tomato, cincang halus
1/2 cawan sos tomato
2 camca besar mentega
5 camca besar minyak masak
1 helai dun pandan, disimpul
3 ulas bawang putih, dihiris
5 biji bawang merah, dihiris
1 inci halia, dihiris halus
3 biji buah pelaga*
3 kuntum bunga cengkih*
1 kuntum bunga lawang*
1 batang kayu manis*(*rempah tumis)
Air, ikut sukatan beras
Garam secukup rasa

Bahan Hiasan:-
Kacang pis
Hirisan daun sup/daun bawang
Bawang goreng

Cara membuatnya:-
  1. Dalam periuk, panaskan minyak dan masukkan mentega. Bila mentega cair, tumis rempah tumis, bawang putih, bawang merah, halia dan daun pandan. Tumis hingga wangi.
  2. Masukkan tomato cincang dan tomato sos, kacau dan biar masak. Tuang susu dan air, masak hingga mendidih. Matikan api.
  3. Masukkan beras dalam rice cooker. Tuang no.2 ke dalam rice cooker tadi, masukkan garam (anggaran 3/4 camca teh), gaul beras hingga rata dengan semua rempah2. Masak seperti biasa dan balik2kan nasi bila betul2 masak.
  4. Hias dengan hirisan daun sup/daun bawang, kacang pis dan bawang goreng sebelum dihidangkan....

Dalca Daging

Ayam Masak Merah

AYAM MASAK MERAH
Sumber: CMG

Bahan-Bahannya:-
500 g ayam, potong ikut suka
1 camca teh serbuk kunyit
1/2 camca teh garam
1/2 camca teh serbuk lada sulah
2 batang serai, dititik
2 biji bawang besar, potong bulat
2 inci halia, diketuk
3 ulas bawang putih, hiris halus
2 batang cili hijau, potong serong
2 camca besar cili kisar
2 camca besar tomato puri
3 camca besar sos cili
1/2 cawan air
1 batang kayu manis*
1 kuntum bunga lawang*
4 kuntum bunga cengkih*
2 biji buah pelaga*(*rempah tumis)
Garam dan gula secukup rasa

Untuk Hiasan:-
1 - 2 camca besar kacang pis
Bawang goreng

Cara membuatnya:-
  1. Ayam potong ikut suka, cuci bersih, gaul dengan serbuk kunyit, garam dan serbuk lada sulah, perap 20 minit dan goreng hingga kuning keemasan tapi tidak garing. Angkat dan toskan.
  2. Keluarkan minyak dari kuali dan tinggalkan kurang lebih 1/2 cawan. Tumis rempah tumis, halia titik, bawang putih dan serai hingga wangi, masukkan cili kisar dan tumis hingga pecah minyak. Masukkan tomato puri dan sos cili, biar masak hingga wangi. Tuang air dan kacau rata.
  3. Masukkan ayam, hirisan bawang besar dan hirisan cili hijau. Gaul rata, masukkan garam dan gula dan biar masak hingga pekat. Rasa dan jika ok (mesti ada rasa masin, manis, masam dan sedikit pedas) boleh angkat. Hias dengan kacang pis dan bawang goreng sebelum dihidangkan.

Banana Crumb Muffins


Saje menambah koleksi muffin. Kalau ada pisang masak yg tak abis makan tu boleh lah dilenyek2 dan buat muffin ni. Yg beri kelainan pada muffin ni adalah part crumbe topping tu... jom check resepi, translate sendiri lah yea....

Sources from: Allrecipes

Ingredients

  • 1 1/2 cups all-purpose flour
  • 1 teaspoon baking soda
  • 1 teaspoon baking powder
  • 1/2 teaspoon salt
  • 3 bananas, mashed
  • 3/4 cup white sugar
  • 1 egg, lightly beaten
  • 1/3 cup butter, melted
  • 1/3 cup packed brown sugar
  • 2 tablespoons all-purpose flour
  • 1/8 teaspoon ground cinnamon- x letak pun
  • 1 tablespoon butter

Directions
  1. Preheat oven to 375 degrees F (190 degrees C). Lightly grease 10 muffin cups, or line with muffin papers.
  2. In a large bowl, mix together 1 1/2 cups flour, baking soda, baking powder and salt. In another bowl, beat together bananas, sugar, egg and melted butter. Stir the banana mixture into the flour mixture just until moistened. Spoon batter into prepared muffin cups.
  3. In a small bowl, mix together brown sugar, 2 tablespoons flour and cinnamon. Cut in 1 tablespoon butter until mixture resembles coarse cornmeal. Sprinkle topping over muffins.
  4. Bake in preheated oven for 18 to 20 minutes, until a toothpick inserted into center of a muffin comes out clean.


Thursday, July 7, 2011

Lunch date at CheeChah

Salam semua...
Wah lama sungguh tak bersiaran sejak ada hand bang baru. Al maklum lah nak adjust time n biasakan diri dgn baby setelah 4 tahun berehat dan dpt tido dgn aman. Selepas 2 bulan berlalu barulah baby pandai tido waktu malam n jaga waktu siang. oklah back to the picture, ni gambar makan2 bersama geng2 yg sambung study, namun tak cukup korum sbb nana n pdah ada hal masa ni, so cuma ada kami berempat saje...lokasi kali ni kat kawasan the strand kota damansara di satu kedai nama CheeChah. Kedai ni tukang masak dia malays n dapur jenis open concept, jadi buleh intai2 masa diaorg masak. Menu pulak lebih kepada fusion food.. apa lagi jom try...


Tempatnya agak santai n cozy, memang sesuai utk lepak2 bersama kawan utk bergosip n menganyam ketupat. org tak ramai masa kami pegi sebab belum lunch time lagi. Masalah kat sini cuma parking jelah. tapi masa kami makan ni majlis perbandaran sedang buat operasi, mana keta yg double park n halang laluan semua kena tow, jadi pastikan anda parking ditempat yg sepatutnya dan bayar kupon parking :).
Member-member seperjuangan tempat berkongsi cerita suka dan duka

Sekali sekala makan ubi kayu n minum air kopi memang syok.. ai oder mee ying dan yang tp by the time food sampai terus lupa nak amik gambar. Air kopi dia memang kaw n pekat...




P/s: dah promote ni, agak2 cheechah bg komisyen or diskaun tak kalau dtg lagi..huhuhu

Tuesday, June 7, 2011

Hari Muffin Sedunia

Muffin Vanilla Gebu

Muffin coklat

Muffin coklat premixed

Pernah dengar org buat muffin sampai loya atau muntah darah?? akak pun tak penah dengar saje nak drama jer. Menggagahkan diri baking muffin sampai 100 biji utk kenduri cukur jambul si kecil ku baby Khalish. Muffin nak packing masuk dlm goodie bag sebagai buah tangan org tolong baca selawat dan doa selamat utk baby.


Buat 2 jenis, actually 3 jenis muffin;- muffin coklat guna tepung premixed, muffin coklat bancuh sendiri dan muffin vanilla. Layan jelah gambor muffin2 ni xde idea n malas nak celoteh banyak2....
Muffin vanilla 3 sederet

Dah siap bungkus dgn puding mangga utk masuk dlm beg

Jom Pizza...


Sejak Dominos Pizza bukak kat area rumah ni, asal rasa malas nak masak mesti pegi ke situ tapau. Nak makan kat situ tak best sangat sebab bukan diaorg hidang pun, dia packing cam kita nak bungkus bawak balik, xde pinggan n cawan. Tapi kalau dah selalu sgt gi makan kat situ tokey balak pun boleh bangkrup, bila beli bukan setakat pizza jer budak2 ni oder (mak pak budak pun sama) dgn ayam ler lava kek ler..kalau boleh dgn tukang buat pizza tu pun kita org nak beli bwk balik. So sebelum tokey pizza tu bertambah kaya maka malam ni merajinkan diri buat piza sendiri, boleh letak toping banyak2 sesuka hati. Kami sekuarga tak suka doh yg tebal, cepat muak n kenyang.. kami suka yg nipis2 jer ala-ala thin crust.


Tengoklah pizza yg sedang masak dlm oven, yg ni topping chicken peperoni dan pineapple, nampak sedapkan.... sampai enam keping pizza kami buat 5 habis mlm tu jugak dan 1 buat breakfast pagi esok..buruk lantak tak? kalau nak beli 6 keping pizza dah berapa ye tak? Resepi doh thin crust ada Jamie letak kat MyResepi..malas nak taip lagi.


Dua assistant bawah umur yang dengan rela hati dan berebut-rebut nak tolong buat pizza. Kakak buat topping tuna dgn sos putih manakala abang buat toping chicken peperoni dgn sos pedas.


Friday, May 27, 2011

Red Velvet Cake


Rasanya ramai yang dah cuba buat kek baldu merah yang semakin popular ni. actually ni cubaan kedua membuat kek ni setelah cubaan pertama gagal, taktau lah mana silapnya, kek tak naik dan rasa pun semacam jer. Tapi bila tgk ramai geng2 blogger dah try buat dan menjadi, rasa teringin nak try lagi sekali dan hasilnya mmg superb. Tak pernah beli atau rasa kek ni kat kedai jadi takleh nak compare, tgk kat luar jual mahal sgt, satu slice jer rm5-8 dan sebiji ada yg sampai rm85.. baik buat sendiri boleh makan sepuas-puasnya..hahaha. Resepi amik kat web joy of baking and kat situ siap ada video step by step tu yg confident nak buat tu. Jamie guna loyang 8 x 3

Red Velvet Cake:
  • 2 1/2 cups (250 grams) sifted cake flour
  • 1/2 teaspoon salt
  • 2 tbsp (15 gm) cocoa powder
  • 1/2 cup (113gm) butter at room temp
  • 1 1/2 cup (300gm) castor sugar
  • 2 large egg
  • 1 tsp vanilla extract
  • 1 cup (240 ml) buttermilk
  • 2 tbsp food red coloring
  • 1 tsp vinegar
  • 1 tsp baking soda
Cream cheese frosting-
250g cream cheese
100g unsalted butter
200g icing sugar
2 cup fresh cream, whipped until stiff

Method:-
  1. Preheat oven to 175 C and place rack in the center of oven. Butter 8 x 3 inch round cake pan and line the bottoms of the pans with parchment paper. Set aside.
  2. In a mixing bowl sift together teh flour, salt and cocoa powder . Set aside.
  3. In bowl of mixer, beat the butter until soft (about 1-2 mins). Add the sugar and beat again until light and fluffy (2-3 mins). Add the eggs, one at a time, beating well after each addition. Scrape down the sides of the bowl. Add the vanilla extract and beat until combined.
  4. In other bowl whisk buttermilk with red food coloring. With the mixer on low speed, alternately add the flour mixture and buttermilk to the butter mixer, beginning and ending with the flour. F-B-F-B-F. In a small cup combine the vinegar and baking soda. Allow the mixture to fizz and then quickly fold into the cake batter.
  5. Bake in the preheated oven for approximately 25 - 30 minutes, or until a toothpick inserted in the center of the cakes comes out clean.
  6. Cool the cakes in their pans on a wire rack for 10 minutes. Place a wire rack on top of the cake pan and invert, lifting off the pan. Once the cakes have completely cooled, wrap in plastic and place the cake layers in the refrigerator for at least an hour (or overnight). (This is done to make filling and frosting the cakes easier.)


Cream Cheese frosting:
  1. Beat cream cheese with butter until soft.
  2. Turn mixer to low speed, add powdered sugar a little at a time. Whisk until well blended.
  3. Add whipped cream, stir through with a spatula.

Thursday, May 26, 2011

Siakap Harum Wangi

Setelah kian lama bercuti memasak, semalam kuat kan juga semangat masuk ke dapur. Mak org pun dah letih dan tak tau nak masak apa, yelah kan lauk org berpantang bukan banyak variasi pun, itu tak boleh ini tak boleh, balik2 lauk yg sama jer. yang kesian habis satu umah kena pantang sama sbb mak tak kuasa nak masak 2-3 lauk..hihihi. Semalam buat nasi ayam, berselera semua org makan terutama anak2 siap bertambah2 lagi.

oklah balik kepada citer ikan siakap harum wangi ni, resepi diambil dari majalah rasa bulan Jun 2011. Memang sedap semua rasa ada, masam, manis, pedas dan yg bagusnya tak guna garam pun..jom layan...

Bahan-bahan:-

1 ekor ikan kerapu di fillet
2 btg serai*
2 btg bunga kantan*
10 biji cili padi*
4 helai daun limau purut*
2 biji bwng putih*
2 sudu mkn madu
2 sudu mkn sos tiram
2 sudu mkn jus limau
1 sudu mkn sos ikan
tepung jagung utk salut ikan
1 biji telur

Cara-caranya:-
  1. Racik atau potong bahan-bahan bertanda *
  2. Panaskan minyak dan tumiskan serai, bunga kantan, bawang putih dan cili padi hingga wangi
  3. Masukkan sos tiram, madu, sos ikan, daun limau purut dan jus limau nipis. Gaul rata dan tambahkan air sedikit masak sampai agak pekat.
  4. Sementara itu lumurkan ikan dgn sos ikan, perap sekejap dan celup dlm telur yg dipukul sedikit.
  5. Golekkan ikan dlm tepung jagung dan goreng hingga garing
  6. Angkat dan tuangkan kuah tadi atas ikan.

Saturday, May 14, 2011

Jaundice

Memandangkan dalam mode pantang, jadi takde entry berkaitan dgn masakan atau makanan, entry akan banyak berkisar tentang baby dan mama baby..hehehe. Kelahiran kali ni berbeza dengan anak2 yg dua lagi tu, dari awal mengandung lagi dah ada masalah di mana selalu bleeding sampai doktor bagi MC suruh berehat. Lepas tu dgn false detection of plasenta previa spt entry sblm ni dan semasa nak bersalin wad penuh. Terpaksa duduk di labour room sampai bersalin, bayangkan dari pukul satu pagi sampai jam 11 ke esokkan harinya dgn keadaan katil labour room yg kecil dan sungguh tak selesa. Sakit bersalin agak lama kali ni, walaupun dah pecahkan air ketuban dan masuk drip, bukaan tetap 5-6 cm dan kepala baby takmau turun. Doktor decide nak guna either forcep or vacuum sebagai bantuan, bila dgr mcm tu hati dah tak keruan, dahlah tak tidur semalaman dgn contraction yg tak berhenti-henti dan panjang, sungguh menyeksa.. masa tu mmg doa banyak2 agar cepat2 lah baby keluar dah tak tahan rasanya menanggung sakit. Mulut memang tak henti-henti membaca doa Nabi Yunus. Selalu bila disuntik dgn ubat tahan sakit mesti aku tertidur dan hanya berjaga bila contraction dtg tp kali ni memang takleh tido langsung, sampai nurse pun heran. Nurse kata heart beat baby semakin lemah dan baby perlu bantuan oksigen. En hubby yg setia menunggu di sebelah pun dah mula resah, dengan air cond yg sejuk (tapi pada aku sgt panas) dan tak tido semalaman sama macam aku.
Namun tepat jam sebelas aku rasa mcm nak bersalin sgt, nurse yg baru keluar dari bilik dipanggil masuk semula, kemudian doktor pun dtg. Dengan 2 kali teran jer, Alhamdulillah baby pun keluar. Lepas tu aku terus pengsan dan tak ingat apa2 lagi dah.. sedar2 diaorg kejut aku suruh pindah katil dan dibawa ke ward. Hari ke dua, kami dah boleh keluar ward dan perlu dtg semula pada hari ke empat (Sabtu, 18/4) utk check sama ada baby kena jaundice atau tak.
Kami dtg ptg Sabtu dan result hanya dpt diketahui pada mlm tu jam 12 mlm nurse call rumah kata jaundice baby tinggi dan baby perlu dimasukkan ke hospital. Bacaan masa tu 16 atau 200 lebih. Sebab dah mlm kami decide nak pegi esok jer dan baby kena tahan ward 2 hari. Baby diletakkan bawah UV lamp kaler biru dgn hanya pakai pampers n mata ditutup.
Bila dah keluar kami kena bawa check lagi selepas 3 hari dan doktor kata masih ada lagi demam kuning dia. Doktor kata kalau prolong jaundice menunjukkan masalah dgn hati dan doktor bg lagi masa lagi seminggu utk check lagi. Doktor suruh check pada najis baby kalau kaler najis warna krim or cerah doktor minta cepat2 bawa ke klinik. Sementara nak tunggu seminggu tu mcm2 perkara kami buat utk reduce demam kuning tu, jemur baby kat cahaya matahari pagi, bagi minum air gula batu dan air halwa kundur dan selepas 20 hari alhamdulillah demam baby dah sembuh. Aku rasa baby jadi mcm tu sebab dia kurang minum susu waktu siang sebab dia keje nak tido jer waktu siang dan berjaga malam. so kuning dia takleh nak keluar cepat.

Nurse bagi susu formula kat baby dan hasrat utk fully breasfeed aku tak tercapai. Memang respect pada ibu2 diluar sana yg dpt menyusukan baby secara exclusive sampai 6 bulan, sgt jeles wokeh.

Saturday, May 7, 2011

New Members of Our Family


Salam semua... Selamat hari Ibu buat semua ibu-ibu, moga segala pengorbanan, kegigihan dan kesabaran ibu-ibu membesarkan anak-anak dengan penuh kasih sayang dibalas oleh Allah dengan pahala berlipat ganda dan bahagia selamanya di dunia dan di akhirat.

Ni ler sebab mama dah lama tak online, mama dalam mode berpantang, so tak leh nak ngadap komputer lama-lama. Tapi hari ni mama curi-curi update entry sebab mama dah rindu nak berblog..ahahhahaha.


Nama saya Khalish Syamil, umur saya baru 25 hari, saya dilahirkan pada 14.04.2011 jam 11.07 pagi di Putra Medical Center, Bukit Rahman Putra Sg Buloh secara normal. Masa lahir berat saya 3.45 kg dgn panjang 56 cm. Alhamdulillah mama boleh lahirkan saya secara normal tanpa apa-apa kompilkasi. Terima kasih pada yg mendoakan keselamatan saya dan mama. Terima kasih juga pada semua yg datang melawat saya dan mama dihospital dan dirumah dgn bawa hadiah dan pemberian wang tunai.. terima kasih.

Sekarang saya dah 4.05 kg, hobi saya tido dan minum susu. saya suka tido sepanjang siang dan berjaga waktu malam. Kesian mama, sorry ye mama, saya lom pandai adjust siang dan malam saya. ok nak sambung tido lagi...bye

Thursday, March 31, 2011

36 minggu 5 hari dan detected with Placenta Previa

Gambar ihsan dari mayoclinic

Salam semua, lama dah tak bersiaran. Hari ni takdelah nak citer pasal masak-masak sebab dapur dah jarang berasap oleh kerana dah tak larat dan tak sempat nak jengah ke dapur. Kalau jengah pun setakat nak minum air masak dan buat air teh 0 jer. Cuma hari ni nak share rasa yg terbuku dihati. Petang tadi pi monthly check up mengandung seperti biasa tapi yg bezanya hari ni dari segi result, Dr kata aku ada placenta previa type II or III yang mana peluang nak bersalin secara normal adalah tipis. Dengan erti kata lain aku kena bersalin secara C-section atau pembedahan kata org melayu.

Placenta previa ni maksudnya uri berada dlm kedudukan yg sgt rendah, sepatutnya uri berada dibahagian atas tp kali ni uri sgt rendah dah hampir menutup pintu servik (nak gambaran jelas refer pada pict kat atas). Dr kata aku terpaksa bersalin dihospital kerajaan sebab di hospital kerajaan bekalan darah ada byk dan kalau tak cukup boleh minta dari hosp lain berbanding dgn klinik dia yg ada bekalan darah yg terhad. Dr tak mahu amik risiko, klinik dia cuma ada lebih kurang 2.5 L jer dan aku perlukan lebih kurang 4 L. Dr kata ada patient dia yg direfer ke PPUM memerlukan lebih kurang 10L darah. Bila dgr mcm tu naik kecut perut dibuatnya. Aku minta Dr buat referral letter ke hospital kerajaan dan esok aku aku jumpa dgn pakar di hosp kerajaan utk tau lebih detail lagi.

Kebanyakan kes akan ada bleeding bila dah masuk trimester ke tiga ni, tp alhamdulillah aku so far takde lagi. Cuma kerap bleeding diawal kehamilan maybe tu juga satu petanda. Nak kata baby besar sgt takdelah sgt sbb dr kata berat baby baru 2.8 kg jer, kalau nak banding kakak n abg dia dulu 3.6 dan 3.5 kg. Kawan yg ada pengalaman pasal placenta previa ni boleh lah share. Sangat berdebar ni.... Doakan yang terbaik utk saya dan moga Allah permudahkan segala urusan serta selamatkan saya dan baby. Amin. Kat bawah disertakan apa maksud type I-IV..

Placenta previa is classified according to the placement of the placenta:

Type I or low lying: The placenta encroaches the lower segment of the uterus but does not infringe on the cervical os.
Type II or marginal: The placenta touches, but does not cover, the top of the cervix.
Type III or partial: The placenta partially covers the top of the cervix
Type IV or complete: The placenta completely covers the top of the cervix

Sunday, March 20, 2011

Muffin Blueberry

Merajinkan diri menggodek muffin menggunakan pre-mix utk mak bawa bekal ke Kelantan sempena rombongan meminang utk anak cik rahmah(makcik aku ler tu). Muffin ni boleh gak buah kunyah2 on the way ke Kelantan, perjalanan yg panjang dan memenatkan. Dah lah nak sewa Van tak dapat sbb kena tipu dgn tuan punye van, geram betul..kalau tak bg pun cakap lah awal2, boleh kami cari van lain, ni pg nak pegi tu baru ckp bini dia tak bagi, sabor jelah, kalau tak memang kena bakor jer van tu.. terpaksa lah berhimpit2 nak kereta.
Satu paket pre-mix ni dapatlah hampir 30 biji muffin. Cukuplah tu 1-2 biji sorang takleh byk2 karang leceh pulak nak berenti2 utk membuang sbb penuh sgt perut isi dgn mcm2..hahahhaha. Jom tgk resepi muffin pre-mix nie...ada kat bungkusan muffin tu tp saje nak share...

BLUEBERRY MUFFIN

Bahan-bahan:-
  • 1 paket pre-mix muffin
  • 3 biji telur
  • 135 ml susu segar
  • 130 gm butter cair or minyak
Cara-cara:-
  1. Pukul telur dan susu hingga sebati
  2. Masukkan pre-mix dan pukul lg, lebih kurang 2 minit
  3. Masukkan minyak dan pukul sebati
  4. Masukkan dlm muffin cup dan bakar pada suhu 170 C selama 20 minit.
Mudahkan... takyah nak letak gula sbb mmg dah manis. Jamie tambah lg 3/4 cwn self rising flour dan lebihkan sikit minyak dah susu sbb nak kurangkan manis dan nak dpt lebih...

Friday, March 18, 2011

Kek Batik


Salam semua.... sihat ker? lama sangat dah tak update entry kan... nak kata busy sgt tu takdelah tapi entahlah..mood tu entah ke mana. Ingatkan bila dah start belajar balik tentu banyak masa nak update blog tapi tu cuma andaian jer. apa2 pun nak ucapkan terima kasih pada kawan2 yg sudi singgah walaupun blog nie dah naik bersawang dan berkulat.. asyik entry maulidur rasul ajer..hahahaha. Baru-baru ni try buat kek batik, kek yg paling senang takyah nak bakar or kukus bagai. Jom layan resepi yg disalin dari Hana yg sedang bersiap2 nak balik M'sia dari Nihon....

RESEPI KEK BATIK LAPIS
ambil dari : hanamemories.blogspot.com

Bahan-bahan
  • 250g@satu peket biskut marie
  • 200g@satu peket milo
  • 397g @ 1 tin susu pekat
  • 5 biji telur
  • 1sk esen vanilla
  • 150g butter @ 2/3 cawan
  • 2 sudu besar serbuk koko
  • 1sk nescaffe - optional
  • 2 sudu besar air panas - optional (utk kek yg agak moist)

Cara-cara
  • Sediakan loyang 7 inci yang di alas dengan kertas minyak bawah dan juga kelilingnya. Pastikan kertas minyak melebihi paras loyang. Ketepikan.
  • Satukan semua bahan kecuali butter dan kacau sebentar. Masukkan ke dalam kuali. Buka api kecil untuk mengelakkan hangit bahagian bawah. Kacau sehingga semua bahan sebati. Kemudian masukkan butter dan kacau lagi sampai pekat dan kasar berbintil-bintil. Matikan api.
  • Cedokkan satu senduk adunan ke dalam loyang dan ratakan. Susun biskut di atasnya. Ulang proses melapis sehingga habis.
  • Lapisan yang terakhir tekan sedikit lebihan kertas minyak tadi supaya permukaan rata dan tutup. Dan biarkan sejuk beberapa jam di dalam peti ais.
  • Keluarkan dan potong. Hidangkan.

Tuesday, February 15, 2011

Salam Maulidur Rasul


Salam maulidur Rasul untuk semua, cuti-cuti ni plan nak buat apa? mesti ada menu special hari ni kan... Sambil kita bergembira cuti ni dan sambil masak2 kat dapur marilah sama-sama kita berselawat ke atas junjungan besar kita Nabi Muhammad s.a.w. agar kita mendapat syafaatnya diakhirat kelak dgn izin Allah. Pada hari isnin bersamaan 12 Rabiul Awal tahun Gajah (25 April 571) telah lahir ke dunia nabi terakhir yang diutuskan Allah. Marilah kita sama-sama mengamalkan dan mengikuti sunnahnya dan menjadikan Nabi Muhammad ikon dan contoh sepanjang zaman. Tirulah akhlak dan budi pekertinya yang mulia lagi terpuji.. wassalam

Sunday, February 13, 2011

Exam...

Salam semua, ada yg windu ker? eheheh perasan.. tuan rumah kedaung teramat lah busy menelaah buku sebab akan exam mid sem pada 14 Feb dan 21 Feb ni.. ada 2 paper jer. Tapi maklumlah student veteren yang banyak sgt gangguan luar yg terpaksa dilalui maka byk masa diperlukan utk study. Masak pun ala kadar ajer..membaca mcm rasa dah paham tp bila explain balik cam tak paham. Banyak buku perlu dibaca dan kena search internet utk cari maklumat sambil ber fb hehehee.... lecturer ajar gitu2 jer tp expect kita tahu banyak dan tahu semua. Soklan peksa pulak more to application dan bukan direct question. Ada 3 soklan esei dan 100 soklan objective yg perlu dijawab dlm masa 1 1/2 jam..hish cukup ke masa...Gerun nie...


Apa-apa pun wish me luck, moga Allah permudahkan saya utk menjawab soklan dgn baik sekali dan dapat results yg elok. Malu kat adik2 yg amik lebih banyak subjek tp boleh score compare dgn saya yg amik 3 subjek jer (satu subjek takde exam..horaay). Wassalam...

Note: semua gambar ihsan dari google

Monday, February 7, 2011

Pau...Oh Pau...

Amacam cun tak pau ni? selain dari cun dan gebu, pau ni pun memang sedap. Tapi jgn salah sangka dan tak perlu lah skrol ke bawah utk cari resepi sebab mmg tak kan jumpa pun sebab pau ni bukan aku yg buat, kedai mari, aku beli yg frozen jer jenama Karts.

Aku ada memori daun pisang dgn jenama karts nie sebab dulu lepas abis belajar aku penah pi interview kat kilang ni nak minta koje QA. Kilang dia kat area Shah Alam, dgn penuh mengharap dan baju kurung coklat aku pun pegi lah interview kat situ. Beriya dia suruh aku test diaorg punya pau, ok ke tak, tanya aku sanggup tak kalau hari2 kena buat food testing pau, aku yg mmg nak sgt keje masa tu, mmg akan kata boleh ajer..walaupun aku tak dpt nak membayangkan muka aku yg akan gebu mcm pau sbb hari2 kena paksa makan pau. Tapi nampaknya bukan rezeki aku... tak dpt pun keje situ..mungkin diaorg tau niat aku yg tak ikhlas itu..hehehehe..selain dari pau ada gak pizza dan makanan frozen lain yg brands ni jual.. cuba lah aku promote free jer nie...


Aku setakat ni adalah 3-4 kali cuba buat pau, tapi semuanya nan ado.. tak menjadi seperti yg diharapkan. Rase pobia nak cuba lagi, beli lagi senang dah tentu jadi..takyah susah2..malas pun sebenarnya aku ni.. nak bagitau ada satu kedai kat tempat aku jual pau yg guna tepung wholemeal..mmg sedap dan gebu sesangat walaupun dah sejuk.. terasa sihat pun ye bila makan pau wholemeal, murah pun murah cuma rm1.20 jer seketul besar.. ada tempat tu rega sampai rm1.80 tp rasa ntah apa apa ntah...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails