Sunday, May 30, 2010

Oven Baru

Setelah enam tahun berkhidmat tanpa gagal, akhir nya dia terpaksa mengalah juga memberi laluan kepada yang lebih besar dan tentunya mahal..hahahha. Nie ler rupa oven yang telah banyak berjasa kepada kami sekeluarga, terutamanya bila nak raya, buat biskut tak berenti sbb muatan kecik kena bakar byk kali baru siap. Oven nie hadiah kawen yang diberi oleh opis lama di JB dolu. bila diaorg tanya nak hadiah apa, cepat jer aku jwb nak oven besor, tp sbb budget yg tak berapa nak ada nie ler yg paling besor diaorg bagi. Namun aku bersyukur sgt2, mcm eksperimen aku dah buat guna oven nie.. yg jadi dan kdg2 tak menjadi..dah cukup bagus ler pada aku sbb barang free kan, org nak bagi.. aku terima jer dgn hati yg terbuka. Bila member dtg umah tengok oven nie diaorg mcm tak caya jer ingat aku melawak, percaya ler..ini lah oven yg aku guna tuk masak kek bagi kat korang makan.

Dan inilah oven baru yg telah merampas tahta oven sanyo ku itu. Setelah melilau-lilau sana sini, survey gitu-gini akhirnya aku beli yg ini. Kalau ikut suka memang nak rembat yg sampai 10-12 function tu, tp bila tengok rega terus kansel, mahal siot...sayang pulak duit. Mula-mula nak beli yg table top jer atau free standing, takmau yg built-in sbb dah takde space nak letak. Bila searched internet ramai org yg baking2 nie pakai jenama europa, sbb tahan lasak, besar dan murah. Aku pun terus gie kedai brg Letrik kat Sg Buloh depan Kem askar sbb kata member aku kat situ ada jual brand eruopa nie dah agak murah. Sampai kat kedai tu aku pun tawar menawar dgn tokei kedai tu akhirnya dpt kurang RM30 jer... Harga dia nak rm 1080, bila dah tawar2 dia bagi rm1050 jer.. aku tak berapa puas ati sbb ada member yg leh dpt rm 980. tapi sbb tokei tu takmau bg maka aku amik jer.. masa nak bayar tetiba mata aku terpandang katalog brand Fagor, bila tanya tokei kata ada offer. Memandangkan hud dgn hob yg aku guna pun jenama tu aku pun rasa baik aku amik jer sama brand baru sedondon. Hrga oven fagor nie Rm2200 tapi ada offer harga dia jd Rm1300. aku tanpa pikir panjang dan pikir duit terus jer amik yg fagor.
Bila sampai umah en hubby tercengang2 macam mana oven europa boleh bertukar jadi oven Fagor...magic!
Muffin oren buat guna oven baru
Gebu tak?

Roti Prata n Kari Ayam

Ni sarapan di pagi Sabtu, roti prata segera cicah dgn kuah kari ayam lebih semalam. Memandangkan kat umah tinggal 3 org jer sebab mak balik kampung dgn syahmi, maka malas ler aku nak masak sarapan beriya di waktu cuti-cuti nie. Roti ni aku nyer sarapan, utk en hubby aku buat nasi goreng, menu peberet dia. Sekuali dia boleh habiskan sorang! tapi bukan byk sgt pun sbb nasi belen semalam jer.

Kalau dulu memang guna rempah kari Babas, tapi sekarang dah tukar rempah kari faeza, rasa dia memang berbeza, dua-dua kami suka sebab kat rumah nie ramai yg suka makan kari..hehehehe. Tak kira kari apa memang belasah jer. Rempah faeza sekarang dah mudah nak dapat tak macam dulu, gitu juga ngan rempah mak Siti. Dulu kena tunggu balik kg baru dpt beli sekarang dah melambak kat Tesco, Giant dan yg sewaktu dgn nya... sekali borong mcm tak hingat dunia, buat stok le kunun nya, last2 terperap jer dlm laci, masak nya ntah bila.. oklah layannnnn....

Friday, May 28, 2010

Carrot Cake Cuppies

Kekcawan lobak bergambor solo

Happy!

Cuppies nie oder from my fren@my opismate for her 10th anniversary. Dia nak green color as a theme, decoration ikut suke aku... masa tgh hias ni, ada pulak tukang komen yg tak bertauliah kata warna hijau tu tak match dgn carrot cake...cam kelakar. tambahan pulak aku guna cream cheese frosting. dia kata lagi, aku kena make sure kek nie betol2 sedap sbb fren yg oder nie hubby dia chef...hishh.. mcm2 ler... dengar jelah.

Dari satu adunan aku dpt 28 ketul cupcake, memula nak bg my fren 25 ketui, tp tiba2 jer cam rase tak cukup, mula rasa tamak, aku congak2... aku jer dah seketul, anak aku, hubby aku, last2 bagi 16 ketul jer.. oklah kan tak le jenuh member nak perabihkan... Anyway happy 10th Anniversary for my fren, next year oder ler lagi.. ahkak dah beli oven besor... : ) jom layan resepi yg amik from umah kak Rinchan, through umah Mamafami. Resepi asal nama carrot apple cake tapi sbb aku tak letak apple maka aku omit nama tu..layan...zassss....

CARROT CAKE

Bahan-bahan:
  • 2 1/2 cwn self-raising flour
  • 1 1/2 teaspoons baking powder
  • 1 teaspoon soda bicarbonate
  • 1 teaspoons cinnamon powder
  • secubit garam
  • 3 /4 cup gula perang
  • 1/2 cwn gula kastor sugar
  • 4 biji telur
  • 1 cawan minyak jagung
  • 100g butter-cairkan
  • 200g lobak -parut
  • 1/2 cwn walnut atau pecan-dicincang
  • 1/2 cwn kismis


CREAM CHEESE TOPPING
  • 250g cream cheese
  • 4 tablespoons butter
  • 1/3 cwn gula icing~ ayak
  • 1 teaspoon lemon juice atau letak sour cream
* Campurkan dan pukul semua bahan sampai kembang. Sapukan atas cuppies.

Cara-caranya:
  1. Ayak tepung, baking powder, soda bicarbonate, cinnamon powder dan garam dalam mangkuk.
  2. Masukkan bahan-bahan yang lain.
  3. Kacau perlahan-lahan selama 1 minit dan pada medium speed selama 2 minit
  4. Masukkan dalam cup agak2 3/4 penuh.
  5. Bakar dalam oven yg dah dipanaskan pada 180 C selama 25-35 minit bergantung pada oven memasing
  6. Dah siap bakar, sejukkan dan sapu dgn cream cheese.

Sunday, May 23, 2010

Apple Pie


Hari nie vitamin R terlebey sudah... resepi yg dah berkurun Q dalam simpanan akhirnya terbuat juga... bayangkan bila tgk kzai buat pd julai 2009 hati dah meronta-ronta nak try, tu hati jer tp tgn malas nak buat..hehehehe. Kzai pulak amik dari majalah Jelita thn 2000.. giler lama dia simpan majalah tu..
Memang sedap cuma aku buat inti terkurang sket, patut guna 4 biji epal tp aku guna 2 biji jek.. sbb tu jer yg ada, nak tunggu2 takut langsung tak terbuat. Bila tgh rajin jgn dihalang..karang merajuk pulak..wakakkaka..buruk. pastu soh simpan doh sejam, aku ngelat dah tak sabr rasenya.. setengah jam udah ler.. namun hasilnya tak mengeciwakan....
Bahan-bahan pastri:

250 gm tepung - guna tepung gandum
50 gm gula icing
150 gm mentega tanpa garam- guna buttercup
1 biji kuning telur
30 gm air dingin- guna air sedikit je (agak2 boleh kepal)
Sehelai kertas minyak
Sedikit beras atau kekacang


Cara-cara
  • untuk membuat lapisan bawah (pastri),ayak tepung bersama gula aising.Gaul dan ramas adunan tepung bersama mentega hingga menjadi seperti serbuk roti.Masukkan kuning telur dan air.Uli hingga menjadi pastri lembut.Bentukkan bulat,bungkus menggunakan plastik dan rehatkan didalam peti sejuk selama sejam.
  • Panaskan ketuhar pada suhu 180 c.Canaikan pastri dan masukkan didalam tin pai 16cm atau 20cm. Asingkan sedikit pastri sebagai hiasan. Hiris lebihan pastri pada dinding acuan supaya rata dan tekan sedikit pada setiap lekuk.
  • Cucuk dasar pastri dgn garfu,alas dgn kertas kalis minyak dan tuang beras diatasnya. Bakar 15 minit.
  • Sapukan rata putih telur pada kulit pai.Tuang inti dan ratakan.
  • canai baki pastri dan hiris memanjang.Susun bersilang pada permukaan pai/Sapu kuning telur dan bakar selama 30 - 35 minit.Hidangkan panas bersama krim vanila (jika suka)

Saturday, May 22, 2010

Siakap Bakar Berempah Woku

Ikan yg belum dibakar

Terpengaruh dan tergoda dgn feedback dari kak ummi dan Kak jun yang mencuba resepi ni, ku gagahkan diri mencari ikan siakap dipagi sabtu semata-mata nak membuktikan kesedapan resepi nie. Bukan tak caya dgn akak berdua tu, tapi teruja nak mencuba resepi baru yang lain dari lain. Dan ternyata apa yang diwar-warkan adalah benar belaka, memang sedap ikan masak cam ni, anak-anak yang biasa tak berapa suka makan nasi bertambah 3 kali! Tak sempat nak simpan untuk makan dinner, so dinner kena masak lain.. Nama woku tu dtg dari mana pun ku tak tahu... jgn tanya.. cuba jelah...Resepi ku copipes dari umah kak Jun.. mekasih yea...
  • 2 ekor (550 gm) ikan siakap - dikelar-kelar
  • 2 sudu teh air perahan limau nipis (*akak guna limau kasturi jek)
  • 1 sudu teh garam

# Lumur ikan siakap dengan limau nipis dan garam. Perapkan 15 minit. Bersihkan dan ketepikan.

  • 8 helai daun limau purut - buang tulangnya dan hiris halus
  • 4 helai daun pandan - hiris halus
  • 2 helai daun kunyit - hiris halus
  • 3 batang serai - ambil putihnya dan hiris halus
  • 5 tangkai selasih - diambil daunnya (*akak xda stok ni)
  • 2 biji tomato merah - potong dadu
  • 250 ml air
  • 1/2 sudu teh garam
  • 1 sudu teh gula pasir
  • 2 tangkai daun bawang - dipotong-potong (*ni akak lupa nk tabur)
  • 3 sudu makan minyak masak untuk menumis

Bahan Kisar:-

  • 12 biji bawang merah
  • 7 biji cili padi merah (akak guna yg biasa je, campur2)
  • 5 biji buah keras - bakar kejap
  • 3 cm kunyit hidup - bakar (*akak x bakar pun)
  • 2 cm halia

Bahan Pelengkap:-

  • Daun senduduk secukupnya (*akak guna daun salad jek)
  • 1 biji timun - dipotong serong
  • 4 tangkai selasih
  • 6 biji cili padi merah hiris untuk tabur
Ikan lepas dibakar

Cara Memasak:-

  1. Panaskan minyak dalam kuali, tumiskan bahan kisar, daun limau, daun pandan, daun kunyit dan serai sehingga terbit aroma.
  2. Masukkan tomato dan kacau hingga layu.
  3. Masukkan air, gula pasir dan garam. Masak sehingga matang dan mendidih.
  4. Masukkan daun selasih dan ikan siakap. Masak sehingga kuah menyerap.
  5. Sediakan alluminium foil yang telah digriskan sedikit minyak dan letak angkat ikan tadi di atas alluminium foil.
  6. Tuangkan juga semua kuah pekat tadi rata-rata menyaluti ikan.
  7. Bakar selama 30 minit dengan suhu ketuhar 180C sehingga ikan masak.
  8. Hidangkan bersama pelengkapnya dan bahan taburan cili padi hiris.
  9. Selamat menjamu selera!!! Hingga menjilat jari uuuuu... (kan dah cakap..ummi promote abis ni..hahhaha)

Homemade Popcorn


Popcorn! popcorn!.. meh..meh sapa nak makan popcorn... sedap nie wei makan panas-panas. Lagi best kalau makan sambil tengok wayang,sampai tak perasan tinggal kertas kosong jer sbb popcorn nya dah abis. Nie pestaim wat popcorn sendiri selalu tu beli jer kat pasar malam, kalau nak yg sedap sket beli kat panggung wayang tuh.. sedap sebab mahal.. lepas ni takyah beli lagi. Nak buat nya mudah dah cepat, meletup2 dalam periuk....jom layan resepi. Thanks to Hana nun Nihon dan juga aldura.. C&P dari blog Hana yea...


Bahan-bahan
  • 1 sudu besar mentega
  • 2 sudu besar minyak masak
  • jagung kering secukupnya- ada jual d pasaraya
  • garam secukup rasa
  • Karamel
  • 1 sudu mentega/margerin
  • 3 sudu besar gula pasir (ikut suka byk mana pop corn yg ada)
Cara-cara
  1. Panaskan mentega dan minyak dalam periuk. Api tu pulak, mula2 guna api kuat untuk panas kan minyak& butter dalam 2 minit lepas turun kan api sedikit.
  2. Masukkan jagung menutupi dasar periuk. Tuang jagung rata dan sama paras dgn minyak & butter yg dah cair tadi. Tutup periuk tadi.
  3. Tunggu beberapa minit, anda akan dengar bunyi "pop".."pop" dgn rancak. Bila bunyi dah berhenti, cepat2 keluarkan pop corn.
  4. Taburkan garam secukupnye. - jika wat perisa ori.
  5. Utk perasa karamel - panaskan butter/marjerin, masukkan gula.. hana tmbh skit madu. kacau hingga gula agak2 hangus. api jgn besar yer! tkt hangit! tutup api.pastu masukkan popcorn yg dh siap tadi. kacau rata. siap!

Thursday, May 20, 2010

Ayam Panggang Berempah

Malam ni masak laksa johor jer.. tapi malas yg amat sgt nak amik gambar, so aku letak jer gambar ayam panggang yg takde kena mengena dgn laksa ini. Rebus ikan tuk laksa pun mak yg tolong, jadi balik keje tinggal blend ikan dan tumis apa yg perlu, masuk ikan, santan, daun kesum juga bunga kantan maka siap ler laksaku. badan tak berapa sedap cam nak demam jer.. hingus meleleh cair jgn cerita ler.. tak berenti... moga esok bertambah baik sbb baru telan pil selsema.. good nite...ngantuks nie..

Tuesday, May 18, 2010

JELAJAH BLOG versi 4.0 BEN ASHAARI


Bila org buat.. aku pun ikut buat.. apa aku nak sbenornya.. nak glamer ker? owh tidak.. sajer nak menaikkan rating boleh tambah income sket.. sedih kalau tgk nuffnang punye income baru rm 2.50 walaupun aku dah berblog hampir setahun lebih (minta simpati en ben..hahhaha). org lain baru jer dah bleh dpt beribu, tapi aku tau depa tu rajin, sanggup update satu hari ntah berapa kali. Aku?? seminggu sekali pun malas..yg ado..Saje mencuba nasib kot-kot bertuah..yelah tuah ayam nampak dikaki, tuah manusia dpt makan kentucky..hehehe
Nama samaran aku suke guna syahnina, gabungan nama anak-anak, syahmi dan nina, so blog ni aku namakan syahnina.blogspot.com. Saje suka-suka berblog utk letak gambar dan resepi yg telah aku experimen kat dapur ku yg agak berselerak itu. so kebanyakan isi blog nie adalah pasal masak-masak dan makan-makan, tapi ada gak pasal anak-anak dan kehidupanku.. kira cam rojak gaklah (tapi takleh makan).
Bila ada blog nie kena rajin usung kemera sana sini sbb nak amik gambar baru best sket org tgk.. takdelah boring jer, tp aku nie kurang rajin nak bwk kemera kemana-mana, malu pun ada kdg2 tu.. kalau takde gambar nak membebel aku bukan reti sgt, bebel kat anak-anak terror ler aku sampai naik muak agaknya jiran2 aku dengar... kalau nak banding blog aku dgn mat gebu, kak umie kuantan or mamafami emmang jauh ketinggalan, tak nombor agaknya..
bila masak-masak, siap jer mesti letak dlm pinggan cantik-cantik dulu, pastu amik gambar, pastu update kat blog.. tapi kadang2 ( selalunya) malas nak update camner nak kaya.. so en ben ada harapan tak den nie nak kaya? makan kaya bolehlah kan en ben....hahahahaha.
Segmen ni dapat tau dari blog kak umie kuantan yg buat iklan free tuk en ben dan telah diterjah oleh ben.

Saturday, May 15, 2010

Warung Dusun Gear Box

Salam semua, kali nie kami sekeluarga berkesempatan makan di warung dusun gear box yg terletak di Bandar Baru Bangi. Kedai ni dulu biasa-biasa jer dan memang menjadi salah satu port makan-makan waktu berchenta di zaman study dulu dalam tahun 1998 gitulah. Sekarang kedai nie dah cantik dan makin bertambah besar, menu pun makin banyak dan sedap. Ade gerai ikan bakar, kerang bakar, tahu bakar dan otak-otak selain dari kedai utama. Lokasinya jalan menghala ker tol kajang dari bandar baru bangi berhadapan atau dekat2 dgn stesen minyak shell, kalau tak silap seksyen 8 kot. aku bukan tau sgt address dia..hehehe
Pandangan depan kedai, kalau malam bukan main bercahaya, kalau nak banding dgn dolu2 memang bezalah.
Kalau dah nama warung gear box, kena lah oder sup gear box ni, sup dia memang sedap dan berasa, sapa-sapa yg tak pernah cuba, try laa.. sedap nie. Guna straw utk makan sum-sum dia.. perghhhh!!! Agak pedas.. awas!!

Ni satu lagi hidangan sampingan wajib, tahu bakar, kuah dia pekat dan sedap. Kalau tak caya cuba tanya anak aku...hehhee percaya lah..
kerabu campur pun sedap gak, tapi yg pelik kerabu mangga takde pulak, yg ada kerabu udang, sotong, ayam dan kerabu campur semua..
Satu lagi menu yg harus dicuba ialah ikan bakar, kuah dia tu yg buat sedap, ikan pulak ikut suke lah nak guna ikan apa. kami biasa amik ikan pari. memang licin tak tinggal tulang pun ..hehehehe

Friday, May 14, 2010

Kek Pisang

Lebihan pisang aritu, aku buat kek pisang lagi. tapi kali ni try guna resepi lain pulak. Cuma camner rase nya tak leh nak share kat sini sbb kek nie aku hantar umah kakak utk makan2. Kek ni naik gebu gak, resepi amik dari MyR.. tapi tak ingat dah mana letak, anak2 dah buat main kertas tu, nak copy dari web MyR takleh nak bukak lak.. lain kali ye aku letak resepinya..
Kedua-dua kek pisang, yg ini dan yg sebelumnya, dua-dua aku letak choc rice dalamnya. saja nak bagi rase lain sket, cam yg Kak Nor Ganu buat tu...

Wednesday, May 12, 2010

Kek Pisang (Chef Zu)

Dapat pisang dari jiran yg baru balik dari masjid. Tak tau nak buat apa dan kalau buat pun takde org nak makan, jiranku (Kak Nisah) bagi 2 sisir pisang ke umah.. mekasih ye.. kalau dpt lagi hulur2 ler ke umah.. tp kek nie tak sempat nak hulur umah akak sbb dah selamat sampai ke kampung. Nanti saya buat lagi sbb ada byk lagi tuh.. simpan dlm esbok.

Resepi nie ambil dari umah Mama Fami yg terror masak memasak iteww...dan mama amik resepi daripada Chef Zu. Thanks to both of u for the great recipe. Saya C&P resepi dari blog mama yea.. minta izin. Malas nak translate, buat-buat paham dah ler..
BANANA CAKE
Source : Chef Zubaidah

Ingredients :

200g flour
1 teaspoon bicarbonate soda
1 teaspoon baking powder
150g ripe bananas ~ mashed (I used 2 ripe bananas, medium size)
3 eggs
1 tablespoon ovallette
a few drops of banana essence (I added)
170g castor sugar
120g melted margarine
Enough chocolate rice/vermicelli ~ coat with a bit of flour


Method :


1. Sift flour, bicarbonate soda and baking powder. Set aside.
2. Beat eggs, ovalette and banana in a mixer over medium speed. Add in banana essence.
3. Add in sugar a little at a time. Continue beating. Pour in the melted margarine.
4. Fold in the sifted dry ingredients and the chocolate rice.
5. Pour into the prepared tins.
6. Bake in a preheated oven at 180 C for 40 to 45 minutes. (Oven temperature and baking time may differ)

Kuih Bakar Labu

Kelmarin beli labu sebiji teringin nak buat bingka labu atau ada org panggil kuih bakar labu. Godek-godek resepi jumpa lah resepi ni kat umah Mat Gebu dan kat MyR juga posted by Mat. Terima kasih yea Mat,, cam biasa C&P jer resepinya , malas nak menaip. kuih nie memang sedap, cukup rasa gula dan lemak manisnya. Sebiji labu dapat 3 adunan = 3 loyang ler.. memang sedap...


BAHAN-BAHANNYA :-)

5 biji telur
500 ml santan (atau 200 ml santan kotak + 300 ml air)
200 g tepung gandum
180 g gula halus (nak manis boleh tambah sikit lagi)
1/2 camca teh garam
1 camca teh esen vanilla
450 g labu manis, kukus hingga lembut dan lecek hingga halus

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan oven pada suhu 200C, lenser tin berukuran (8 x 8 x 3 ) inci dengan mentega, alas dasar tin dengan aluminium foil, lenser juga permukaan aluminium foil tadi (kalau nak kuih kelihatan tinggi, boleh guna tin (7 x7 x 3) inci. Ketepikan...
  2. Satukan bahan2 diatas kecuali labu lecek, dalam satu bekas, kacau dengan whisk hingga semua bersatu. Tapis adunan tadi dan masukkan labu lecek, kacau hingga rata.
  3. Tuang dalam tin yang telah disiapkan tadi. Bakar selama 40 - 45 minit atau hingga masak. Kalau nak permukaannya berkerak, tambah masa pembakaran.
  4. Keluarkan dari oven setelah kuih masak. Biar sejuk sebelum dikeluarkan dari tin. Potong ikut kreativiti masing2 dan hidangkan.

Saturday, May 8, 2010

Meja Pecah

Hari nie balik keje lambat sikit sebab banyak urusan yang perlu diselesaikan sebelum bercuti panjang pada minggu hadapan. Tugasan last minute yg diberikan perlu disiapkan dan dihantar pada hari isnin pagi. Setelah bertungkus lumus dgn beberapa rakan tugas tersebut akhirnya dapat disiapkan. Bila tengok jam dah pukul 6.30 ptg, alamak lum solat asar nie, kalau balik umah terus takut tak sempat maka aku solat dulu sebelum balik. Semasa sedang khusyuk bersolat hand fon berbunyi-bunyi beberapa kali. Terdetik dihati mesti ada emergency ni, kalau tak napa bunyi tak berenti. Lepas berdoa terus aku melihat h/fon rupa2 dari en hubby bila aku call balik dia bg tau ada kemalangan berlaku dirumah. Cermin meja dah pecah dikerjakan 2 org budak yang teramat baik. Anak-anak adalah luka sikit2 jer, lepas tu kena sebat dgn hanger oleh nenek mereka, kesian dan padan muka...ahahahhaha.. sapa suruh cari pasal.

Tengoklah keadaan ditempat kejadian, dengan kaca dan kasut yg bertaburan, macam salji pun ada gak. Kawasan ni dah out of bound. Sampai jer rumah, dgn berpakaian uniform kerja terus aku membersihkan kaca-kaca tersebut. Berat wei kaca nie, yg sedih set meja nie nyawanya tak sampai 6 bulan lagi dah pecah tapi alhamdulillah anak-anak tak cedera mana, sikit jer... bertuah punye budak. Lepas bersihkan semua kaca kena basuh lantai to make sure tak de serbuk kaca yg tertinggal... letih nya.. Ini agaknya hadiah hari ibu utk Mama yea.. Terima kasih anakku...

Wednesday, May 5, 2010

Kelas Senaman


Petang tadi lepas kerja terus pegi kelas aerobik. Rasanya dah hampir 2 bulan aku join kelas nie.. risau beb sekarang kan macam2 jenis penyakit.. tak kira tua atau muda so prevention is better than cure kan. Kalau rasa nak sihat tu mahal cuba sakit lak.. lagi mahal weiii... Kelas ni ada setiap hari jam 6-7 ptg dan 8-9 mlm.. weekend pun ada gak waktu pagi. tapi aku bukan join hari2.. seminggu sekali cukup lah.. sejam tuh. cukuplah nanti bila weekend aku naik beskal pulak dgn en hubby.

Selain dari dapat penat (hehehe), aku rasa sihat sbb berpeluh giler.. basah lencun. tu baru gi 1 minggu sekali kalau join hari2 mau aku kurus n fit..hehehe. dapat kenal ramai kawan2 baru yg mempunyai niat dan azam yg sama cam aku. tapi yg tak tahan bila ada akak2 (or makcik2) yg dah 50an steady jer buat aerobik nie.. tak semput langsung. tu yg jadi pembakar semangat aku tuh, bila rasa penat jer cam nak rest jap buat2 nak minum, aku pandang kat akak2 nie.. rasa malu terus tak jadi nak mengelat.. ku gagahkan jua..

Part yg best time warming down, trainner suka buat menari2 macam2 gaya, ada bolywood, chacha, mambo, etc.. i loikeee very much.. walaupun aku menari cam kayu.. wakakakaka..
Bila balik aerobik dah lewat dan dan penat so tak masak dinner ler mlm tu dan end up makan kat luar.. huarghhh.. bertambah balik lemak2 yg dh dibakar petang tadi.

Pada kengkawan yg ada sekitar Sg Buloh, BRP, Damansara damai dan kawasan sewaktu dgn nya jom join aerobik kelas nie.. (iklan free nie)

Monday, May 3, 2010

Ketam Sambal Bertelur

Jom makan lauk ketam, kalau tak pandai gigit nanti kena gigit balik... ketam nie favorite anak yang sulong, tapi masa masak nie dia dah kenyang.. pastu leh sound buat per nak susah2 nak makan ketam tido lagi baik... geram jer tgk. Masa makan kat Pantai Jeram dia jer yg belasah lauk ketam lebih-lebih, lain kali mama takmau masak lauk ketam utk kakak lagi..hehehehe merajuk.

Ketam nie rega memang mahal, kalau beli 2-3 ekor jer dah rm8-10. Kalau makan tak habis sayang jer nak buang. elok masak yang berkuah puas sket makan, kalau nak best lagi, campur telur, tak kira lah masak sambal ker masak sup ke or masak lemak cili api. Org kata kalau kena demam denggi elok makan sup ketam utk naikkan platlet ( kiraan darah) betul ker?. So far tak penah kena demam denggi dan minta dijauhkan...

Saturday, May 1, 2010

Makan-makan di Pantai Jeram

Jenahak 3 rasa

Hari Sabtu baru ni kami sekeluarga bersama jiran tetangga sekali lagi ker restoren makanan laut kat Pantai Jeram, padahal baru bulan lepas pegi, ni dah pegi lagi.. dah kena manderem agaknya tu hehehe.. takde lah sebab sedap n fresh kot seafood dia.

Pegi kali ni dah pandai sikit, takde lah main terjah jer macam yg 1st time dulu. Ambik ko, dtg kul 8.00 kul 9.30 baru dpt makan, dah tu ada ikan yg tak dpt tp kitaorg bayar gak.. free2 jer org tu dapat duit.. takpelah kami dah halalkan salah kami gak sbb tak check dulu.. rm 30 gak tuh.

Sotong celup tepung- sedap nie, ranggup dan segar

Kali nie.. kami bertolak lepas maghrib, sebelum pegi kami oder dulu apa patut dan booking meja, bila kami sampai lebih kurang 5 minit makan pun sampai.. sungguh syok maa... oder makan macam tak ingat dunia.. ingat akhirat jer..boleh gitu??? hehehehe

Siakap masak stim

Butter prawn 1 kilo

Ikan bakar-hangus beb kulit dia..irengg, geseng

Tersandar kekenyangan- oder macam tuk 20 org makan.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails