Wednesday, August 19, 2009

Kad Ramadhan lagi..

Terima kasih, pada member2 yang memberikan kad sempena menyambut Ramadhan yang bakal tiba, semuga Ramadhan kali ini lebih bermakna dari tahun2 sebelumnya dan anggaplah ini Ramadhan yg terakhir buat kita agar kita lebih beramal sepanjang masa.
Dari Ana Bini Wahid, sama-sama org Bt Pahat tapi tak pernah jumpa.


Kedua-dua kad ini dari Kak Ayu, nun di seberang tambak, mekasih yea..
Kad dari Noorsha dari Negeri Sembilan.. Good luck for ur bisnes... kuih raye free takde ker? hehehehe

Monday, August 17, 2009

Mee Goreng Sempoi

Bosan tak tau nak makan apa, mak request suruh masak mee goreng. Memandangkan bahan mentah utama (mee) dah ada maka laju jer ku ke dapur utk buat mee goreng. Tapi bahan hiasan cuma ada sawi, tomato dan fishcake oklah kira boleh ajelah. Moh ler layan resepi campak2 ku nie:-

Bahan-bahan;-
1 paket Mee kuning dicuci dan toskan
1 labu bawang besar-dikisar
2 ulas bawang putih-dikisar
3 sb udang kering-dikisar
3 sb cili kisar
3 pokok sawi- dipotong2
1 biji tomato- dibelah 8
3 keping fishcake-dipotong2
2 sb kicap
Garam & Serbuk perasa
Minyak utk menumis

Cara-caranya:-
1. Panaskan minyak. Tumis bahan-bahan kisar sampai wangi dan garing
2. Masukkan kicap, sawi, fishcake, dan tomato-kacau sebati
3. Masukkan mee dan kacau sampai sebati. Tambah air jika perlu
4. Rasa mee, kalau tak masin leh tambah garam. ok dah beres leh melantak.

Pandan Layer Cake


Memang dah lama cari respi nak buat kek nie.. berjumpa juga akhirnya. Cuma masalahnya kamera takde kena rembat ngan en hubby bawak gi outstation. Apa lah ertinya blog nie.. kalau takde gambor yg menarik, nanti takleh nak buat org ngences meleleh air liur..hehehehhe. Tapi takpe plan B ada, cuma gambor tak berapa best ler.. guna h/fon. Pastu tadi pinjam Wan punye kamera, cuma kabel tak pinjam sekali jadinya tak leh nak upload gambar gak. oklah jom layan resepi.. memula kena lah buat kek span pandan nya dulu yea...

Bahan-bahan
150 gm tepung superfine (jamie guna tepung naik sendiri jer)
150gm gula kastor'
5 biji telur
1 tbs ovallete
80 ml air daun pandan
80 ml minyak jagung
1 tsp pandan paste
1 tsp baking powder
3-4 titik perwarna hijau

Cara-caranya:-
1. Pukul telur ngan gula sampai gebu
2. Masukkan tepung, baking powder n ovallete dan pukul lagi sampai ringan
3. Perlahankan mixer, masukkan air pandan, pandan paste dan kaler hijau dan teruskan putar sampai gebu.
4. Masukkan minyak jagung dan kaupbalik agar sebati
5. Tuang lam loyang yg dah digris n alas ngan kertas
6. Bakar pada suhu 170C lebih kurang 45 minit.
7. bila dah masak, keluarkan dan sejukkan atas redai ngan telangkupkan bhgn atas.
8. Sedia utk dihias.

Untuk buat kastard pandan

Bahan-bahan A:-
180 gm gula kastor
500 ml air daun pandan
1 tbs agar-agar powder
Bahan B:-
400 ml santan pekat
85 gm tepung hoen kwee hijau
1 tsp pewarna hijau'
secubit garam kelapa kering utk hiasan

Caranya:-
1.Masukkan semua bahan A lam periuk dan masak sampai gula hancur.
2. Satukan bahan B, gaul rata dan masukkan lam adunan A.
3. Kacau dan masak atas api sederhana sampai pekat dan mendidih.

Step seterusnya...
1. potong 2 kek span yg dah disejukkan
2. satu bahagian masuk lam loyang yg guna tuk bakar td (guna yg loose base).
3. tuangkan adunan kastard pandan sampai penuh tutup permukaan
4. letakkan kek span yg satu lagi dan masukkan kastard pandan sampai menutupi semua permukaan kek.
5.hentakkan loyang agar kastard padat dan sekata. tunggu sejuk sket dan masukkan lam peti ais.
6. keluarkan kek yg dah sejuk dari acuan dan boleh lah hias ngan kelapa kering..


Saturday, August 15, 2009

Kad dari Kak Intan

Terima kasih yea Kak intan. Seperti beliau juga, ku ucapkan Selamat menyambut bulan Ramadhan Al-Mubarak. Sama-sama lah kita meningkatkan keimanan kita sempena bulan yg mulia ini. Rebutlah semua peluang yg ada. Ku juga ingin memohon maaf jika ada apa-apa dosa yg sengaja atau tak sengaja. Silalah ambil kad nie bawa balik ke rumah masing-masing.

Tuesday, August 11, 2009

Wat Tan Hor

Jom makan Wat Tan Hor, nie kuey teow chinese style, sedap beb. Lama dah buat cuma baru nak update. Resepi kendian lah yea, malas nak menaip banyak, nak balas balik tido semalam yg tak cukup . Layan.....

Oreo Marble Cheesecake

Kek ni ku buat sempena farewell party untuk opismate yg akan transfer balik ke Negeri di bawah bayu. Sebenarnya nak buat oreo ciskek, tapi seperti biasa oreo dah kena pau dgn anak2, maka tak cukup le utk buat hiasan. Sebagai ganti ku buat ler marble coklat utk hiasan, oklah tu, tak best rasanya kalau togel jer, nampak tak cantik lak. Tapi ciskek nie dah ter overbake sbb dok leka surfing internet. Apa2 pon memang laku giler, sekejap jer dah licin.. hehehehe taktik nak promosi beb! Meh le layan resepi yg ikut suka hati aku jer... kalau try tak jadi jgn komplen kat aku : ) pi le mana2 kaunter aduan yea...

Bahan-bahan:-
500gm creamcheese
240 ml sour cream
3/4 cwn gula kastor
3 biji telur
10gm tepung
150gm cooking chocolate dicairkan
80gm butter dicairkan
2 peket biskut oreo- dibuang krim dan kisar halus

Cara-caranya:-
1. Campurkan butter cair dan biskut oreo, gaul sebati dan masukkan dalam loyang, tekan biar padat dan sekata.
2. simpan loyang tersebut dalam peti ais.
3. Pukul creamcheese dgn gula sampai sebati.
4. Masukkan telur sebiji demi sebiji sambil dipukul.
5. Masukkan sourcream dan pukul lagi.
6. Masukkan tepung dan pukul lagi.
7. Bila dan sebati bolehlah dicurahkan dalam loyang yg telah disejukkan dgn base oreo tadi.
8. Hiaskan dgn cooking coklat yg dicairkan. Ikut suke ler nak buat corak apa.
9. Bakar dgn kaedah bain marie (balut loyang dgn aluminum foil, letak dalam loyang yg lebih besar yg berisi air panas) dalam oven yg telah dipanaskan pada suhu 160C selama 50-60 minit.
10. Jgn overbake,agak2 dah set or perang2 sket dah masak ler tuh. tapi jgn terus keluarkan dari oven. biar pintu oven terbuka about 5-10 minit, baru keluarkan, sejukkan kemudian simpan dalam peti ais seelok2nya overnite baru sedap makan.

Kek Kukus Velvet

Buat kek nie sebagai buah tangan semasa kenduri arwah kat rumah babysitter anakku. Actual buat 2 jenis kek, yg ini dan marble papermint. Tapi sebab nak bagi org maka takleh nak potong. Kek nie lebih kurang macam kek lapis asam manis, sebab dilapisi oleh haw flakes cuma yg membezakan nya kek nie tak pakai biskut yg dihancurkan maka mudah dan cepatlah sikit kerja. Apa2 pun jom layan gambar dulu, resepi akan menyusul kemudian, kalau rajin lerSebab nak jugak tengok lapis jadi ke tidak aku potong tepi2 yg tak berapa nak cantik utk amik gambar..

Tauhu Poket

I'm back. Tuan rumah dah kembali rajin utk update blog. Banyak masakan baru yg dicuba setiap hari tapi sebab virus M yg telah menular ke dalam diri menyebabkan takde mood langsung nak ambik gambar, apalagi nak tulis entry. Sori ler kepada semua peminat setia yg berkunjung ke sini tapi dok lagu tu jugak (ade ker...hehehehe perasan jap). Malam nie masak tauhu poket,resepi dari che iza. Nie 1st time makan n 1st time buat. Tak penah dgr pun sebelum ni.. kalau tauhu sumbat ker, tauhu bakar ker biasa ler dengar. oklah takyah ler intro panjang2 jom kita layan resepinya, memang sedap dan ada kelainan...

Bahan-bahan:-
6 kpg tauhu
60 gm isi udang dicincang halus
1/2 biji bawang besar didadu
2 inci lobak merah diracik halus
sepokok kecil daun ketumbar dihiris halus
1 biji telur
1 1/2 sudu makan tepung jagung
1/2 sk pati ikan bilis
garam secukup rasa

Cara-cara:-
1. Tauhu dipotong 2. kemudian dikorekisi tahu buat poket. Isi tauhu yg dikeluarkan disimpan.
2. Hancurkan isi tauhu tadi dgn sudu. Campurkan semua bahan lain ke dlm tauhu yg telah dihancurkan tadi. gaul rata semua bahan.
3. Sumbatkan bahan2 yg telah digaul td ke dalam tauhu. Bila semua dh siap diisi bolehlah digoreng dgn minyak yg panas.

Memang sedap rasanya. Jgn takut masa menggoreng isi yg disumbat takkan terburai punya. Boleh makan dgn sos sebagai snek atau dimakan dgn nasi sebagai lauk. tapi kat umah nie tak sempat nak buat lauk pun.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails