Tuesday, June 30, 2009

Makan-makan di Hotel Hilton Kuala Lumpur

Nie N3 dah basi, tapi nak post gak sebab baru dpt gambar dari Wan. Masa tuh lupa nak bawa kamera. We all pegi last 2 weeks, makan-makan at pool side of Hilton Hotel KL yg bersebelahan dgn Le Meridien Hotel and KL Sentral tu. Jom ler layan gambar yang ado...

Wan, me & Nana- tgh tunggu time makan, posing dulu

Ntah apa yg dimenungkan tu...

Pdah sedang sibuk mengarang skrip...

My plate- macam-macam ada:-salad, keropok udg, grill salmon, grill kambing, corn, mee

Desserts..sungguh menyelerakan...

Fruits platter

swiming pool as a background. Overall food here are so-so, tak berapa sedap especially BBQ part.. rase kureng sket, byk yg rare cook. Tak sesuai tekak melayu nie... :)

Monday, June 29, 2009

Awards dari Fiza Nordin

Dapat Award nie from pija.. mekasih yea..sungguh terharu, Pija ler org pertama yg memecahkan rekod bagi award kat blog nie. Thanks a lots.

Syarat untuk menerima award ini adalah seperti di bawah: -

1) Accept the award, post it on your blog together with the name of the person who has granted the award and his or her blog link.

Award ini diterima daripada Fiza Nordin.

2) Pass the award to 15 other blogs that you’ve newly discovered. Remember to contact the bloggers to let them know they have been chosen for this award.

Alamak nak bagi kat sapa yek... rase semua org dah ada kot.. pada sapa2 yg takde tu amik ler angkut bawak balik, jgn malu-malu. Aci tak pija? Sorry ler tak ikut syarat utk terima award.. :)

Sunday, June 28, 2009

Butter Prawn

Bila tengok umah org lain sibuk masak butter prawn teringin lah pulak walau pun baru jer makan kat Ocean KK ari tu. Masa dapat udang galah free pun tak teringat nak buat butter prawn nie.. sbb masa tu belum musim lagi..hehhehe ada musim2 gak nie.. memang penyakit berjangkit nie.. : ). Resepi copy paste dari umah kak nor ganu jer tapi ada buat pengubahsuaian sket.. ikut tekak sendiri

Bahan2:


12 ekor udang saiz besar- Jamie guna dlm 800gm
2 sudu butter
3 biji kuning telur
sedikit daun kari
sedikit cili padi
serbuk kunyit & garam -guna kunyit hidup ditumbuk
minyak utk menggoreng
-jamie letak serbuk kari, gula, dan bawang putih cincang.

Cara2:
Lumur kunyit, gula, serbuk kari & garam kat udang. Goreng sehingga masak.Bila udang hampir masak tu, masukkan daun kari,bawang putih cincang & cili padi.Gaul seketika sebelom diangkat. Bila dah masak,ketepikan. Dengan menggunakan minyak yg sama, biarkan minyak dikuali anggaran dlm 1/2 cawan cenggitu. Panaskan minyak dan masukkan butter. Biarkan butter cair & minyak betul2 panas.Sementara tu,kacau2 telur bagi rata dan masukkan telur kuning dalam bekas roti jala.

Matikan api bila minyak tu panas2. Dengan menggunakan 2 tangan, tgn kiri pegang telur kuning ..tgn kanan pegang garfu...tuang perlahan2 telur sambil tgn kanan mengacau dlm bentuk pusingan. Biar dia bertali2. Kemudian bila dah selesai, angkat telur tu dah buh dlm tapis utk membuang minyak berlebihan. Bersungguh membuatnya sampai kena minta bantuan En Hubby.. sorang tuang sorang lagi kacau jgn berenti. Apa yang penting KERJASAMA!

Friday, June 26, 2009

Puding Trifle

Buat puding nie sempena khatam Al-Quran juzuk satu kat opis. En hubby siap perli, dah setengah tahun baru khatam juzuk satu jer ke? hishhh geram tul.. kelas mengaji tu bukan ada hari2 Cik Abe ooiii.. sebulan dua kali, dah tu sejam jer, bukan takat ngaji jer, ada belajar tajwid, menghafaz makna bacaan dalam sembahyang, grammer dan tazkirah. kalau takat baca jer boleh ler laju semacam.. hehehhehe.
Resepi amik dari daniaelyza@MyR, mekasih yea, sorry c&p jer. Jamie buat 2 adunan dapat dalam 30 bekas. Beli buah lam tin satu jer, mana nak cukup, takleh ler nak meriah-meriah sgt, letak sket2 jer. Jeli tuh jamie guna perisa blackcurrant, patutnya ada 3 layer, tapi utk layer kek gulung tu dah tak nampak plak.

Bahan-bahan ( 5-7 )

  • 1 tin susu cair
  • 1 sd besar gula
  • 4 sd besar tepung kastard
  • 1 mangkuk air- utk dicampurkan dengan kastar-(Jamie guna 1 tin air)
  • ½ biji kek gulung sederhana saiznya
  • 1 tin buah-buahan campur- asingkan air dan buahnya
  • 1 peket agar-agar jeli kristal Non- Jamie guna brand lain
  • 1 mangkuk air panas

Cara-cara

  1. Panaskan susu cair dengan gula. Kecilkan api.
  2. Bancuh tepung kastard dengan semangkuk air sejuk. Masukkan bancuhan tadi ke dalam susu cair yang sedang mendidih, Masak hingga betul-betul pekat dan kastard pekat. Tutup api.
  3. Di dalam bekas berasingan, susunkan kek gulung sehingga habis. Kemudian, basahkan dengan air buah-buahan tin.
  4. Masukkan buah-buahan tin hingga habis.
  5. Tuangkan bancuhan kastard ke atas susunan buah-buahan tadi.
  6. Untuk jeli, larutkan jeli bersama semangkuk air panas. Kacau hingga sebati- ikut arahan pada pek jer senang.
  7. Akhir sekali, tuangkan jeli tersebut di atas kastard dan sejukkan. Bila betul-betul keras, bolehlah dihidangkan.

Thursday, June 25, 2009

Women's Brains are Cheaper

Bukan citer pasal masak-masak, tapi nak share email from my fren, berbanggalah anda dilahirkan sebagai perempuan.
In the hospital the relatives gathered in the waiting room, where their family member lay gravely ill. Finally, the doctor came in looking tired and somber. "I'm afraid I'm the bearer of bad news," he said as he surveyed the worried faces. "The only hope left for your loved one at this time is a brain transplant. It's an experimental procedure, very risky but it is the only hope. Insurance will cover the procedure, but you will have to pay for the brain yourselves." The family members sat silently as they absorbed the news. After a greatlength of time, someone asked, "Well, how much does a brain cost?" The doctor quickly responded, "£5,000 for a male brain, and £200 for afemale brain." The moment turned awkward. Men in the room tried not to smile, avoiding eye contact with the women, but some actually smirked. A man unable to control his curiosity, blurted out the question everyone wanted to ask, "Why is the male brain so much more?" The doctor smiled at the childish innocence and explained to the entire group, "It's just standard pricing procedure. We have to mark down the price of the female brains, because they've actually been used."

Wednesday, June 24, 2009

NAK MAKAN APA???

Can't eat pork,
Non-Halal, Swine flu...

Can't eat chicken,
Bird flu.

Can't eat Beef,
Mad cow disease

Can't eat eggs,
Salmonella.

Can't eat fish,
heavy metal poisons in their waters.


Can't eat fruits and veggies,
pesticides,insecticides and herbicides.


Hmmmmmmmmm!!!!!!!!!!!!!

M

M

M

M

M

M

M

M

M

M

M

I believe that leaves Chocolate and ice cream!!!!!!!!
Remember - - - 'STRESSED'
spelled backwards!
is

'DESSERTS'
Picture courtesy from Betty Crocker Recipes photostream

* excuses to eat more chocolate and ice cream...: )

Monday, June 22, 2009

Laksa Johor

Malam nie makan laksa johor, bila tgk mak yung Hana buat laksa utk yasinan rase cam best jer, so apalagi layan ler. Resepi asal amik kat Freeda kat MyR. Memang puas makan ler, kalau beli tak tentu sedap, penah beli tawar hebeh jer...huhuhuhu


Bahan-bahanya:-
1 paket sphagetti (direbus dengan air dan 1 sudu besar minyak sehingga lembut)
**Bahan A - (direbus dan dimesin - asingkan) **
Ikan kembong + ikan parang - 1 kilo (x letak pon ikan parang)
udang basah 100gm
isi ikan kurau - 20 gram dibakar (Nie pon x letak)
1 1/2 paket kecil udang kering 50gm

**Bahan B (dimesin)**
*bawang besar - 3 biji
*cili kering - 15 tangkai
*halia - 2 ibu jari
*lengkuas - 2 ibu jari & kunyit hidup - 2 ibu jari
serai - 2 batang diketuk
asam keping - 2 keping
santan pekat 1 kotak / lebih- guna santan pekat timbang kilo
1 paket kerisik
1 paket kecil rempah kari
bawang putih -3/4 ulas (x letak)

**Bahan Hias**
limau kasturi belah 2 dan buang biji
timun di racik halus
tauge buang ekor (segar)
jeruk chaipo (dihiris kasar / yang sudah siap cincang dalam paket)
bawang besar hiris halus
lada merah/lada hijau dihiris
Daun kesum / daun selasih / daun pudina diracik halus-x letak

** Sambal Belacan
-lada merah 5/6 biji
-Belacan melaka - 30 gram dibakar -guna belacan mersing
Bawang Merah 1 biji kecil
Bukak mulut...ngap!

Serawa Durian

Dah lama sebenarnya nak makan serawa durian nie. Lagi-lagi sekarang nie musim durian, lagilah teringin nya. Tu hari beli durian 2 biji ingatkan nak buat serawa tapi belum sempat apa-apa dah langsai gitu jer. Tadi on the way balik keje nampak dari jauh org berkerumun tepi jalan ingatkan ada eksiden rupa-rupanya org jual durian. Punyelah ramai org berenti, apalagi aku pun menyebok kan diri bersesak-sesak kat situ, memilih bukan main, macam pandai sgt. Beli 3 biji, alhamdullilah semuanya elok. Sebiji makan gitu jer dan yg lain buat serawa nie. Resepi main campak2 takde sukatan yg jitu, aku main taram jer, yang penting mesti ada durian, santan dan gula. kalau suka kaler coklat guna gula merah or gula melaka tapi aku suka yg kaler putih jer. Masukkan semua bahan lam kuali masak sampai pekat. Kebetulan tadi ada indon kat kedai cina tuh bagi daun pandan so aku letak lah lam kuah nie, biasa tak letak pun.

Kendian basuh beras pulut yg dah berkurun dalam simpanan kat dapur tuh, rendam jap (5 minit jer) pastu masuk lam periuk. Letak air lebih kurang sama paras ngan beras pulut, letak sikit garam dan minyak masak. Masak atas api yg kecik sampai masak. Lepas tu boleh lah dihidangkan dgn kuah durian tadi. Jom makan...

Sunday, June 21, 2009

Custard Puding

Sedang pikir-pikir menu untuk hari Ahad, mak pun request suruh buat puding kastad as a dessert. Mak kata dah lama tak makan puding nie. Bila tengok kat dapur bahan2 asas ada maka tercapai lah hasrat mak nak makan puding nie. Nasib baik mak request yg simple jer. Moh ler layan resepi simple yg ku pandai2 sendiri:-

Bahan-bahan:-
1 cwn tepung kastad
1 cwn susu cair
3 cwn air
2 sudu besar gula
secubit garam

Caranya:-
Campurkan semuanya. Kacau sebati dan masak atas api yang sederhana.
Kacau sentiasa sampai pekat dan berkilat.
Angkat dan masukkan dalam acuan yg disukai.
Sejukkan.

Untuk Kuah:-
Lebihan susu cair untuk adunan kastad ditambah dgn 1 cwn air dan 4 sudu besar gula.
Masak sampai kuah mendidih. Angkat dan sejukkan.

Keluarkan kastad dari acuan dan campurkan dengan kuahnya. Kalau ada buah-buahan dalam tin boleh lah dicampurkan sekali. Makan sejuk memang nyaman, sekali hadap dah licin.

Makan-makan di Ocean Seafood

Bergambar dihadapan pintu masuk Ocean Seafood
Kunjungan ke Kota Kinabalu Sabah baru- baru ini memberi kesempatan sekali lagi untuk menjamu selera di Ocean Seafood, salah satu restoran seafood yg terletak betul di Bandar KK. Tapi sori ler gambar blur jer, ambil pakai fon kamera ajer sbb malas nak usung kamera besar, nanti menambahkan luggage jer. Ocean seafood nie telah berubah rupa, sbb last time dtg masih under renovation lagi, now dah siap lebih besar, selesa dan yg penting sedap. Kat sini boleh pilih sendiri seafood yg nak dimakan, ada macam-macam jenis makanan laut, siput2, kekerang, udang, lobster dan lain-lain yg sewaktu dgn nya.
Antara menu yang di oder malam tu, ketam goreng bercili, wet and dry butter prawn, sayur midin goreng belacan, kepah masak halia and dessert. Udang yang sama we all pilih tapi 1/2 kilo masak butter prawn kering dan 1/2 kilo lagi masak butter prawn basah. Sedap memang tak terkata.Kedua-duanya sama sedap, yang jenis basah lebih creamy and juicy, tapi yg kering lebih garing and crunchy.White Clam nie memang sedap tapi, clam ni jugaklah yg menyebabkan mulutku macam angelina jolie. Aku memang alah makan clam nie tapi selalu terlupa bila dah kena baru teringat, lagi pun bukan selalu dpt merasa, pantang jumpa jelah lepas tu tanggung sediri akibatnya. Takleh tidur badan gatal and berbintat, bibir bengkak macam nak pecah. Sabar jelah...Sayur midin yg ala-ala pucuk paku perak, rasanya kat semenanjung takde sayur nie, tapi ambil yg betul-betul muda, digoreng dgn belacan dan udang kering. Gambar dessert lupa nak ambik sbb dah tersandar kekenyangan.. Burppppp!!!!! erkkkkk!!! Alhamdullilah.

Saturday, June 20, 2009

Oreo Cheesecake Again!

Sehari sebelum berlepas ke Sabah untuk mempengerusikan mesyuarat, pagi-pagi lagi lebih kurang jam 6.45 am dpt call nak oder ciskek nie. Untuk tidak menghampakan permintaan org kugagahi juga utk menyiapkan kek ini sebelum berlepas ke Sabah. Harap puas hati yea..oder ler lagi..hehehehhe. Sori ler malas nak deco lebih-lebih just letak oreo yg lebih jer kat atas... :)


Wednesday, June 17, 2009

Dalca

Dalca nie pun lawan untuk nasi beriani. Ialah kalau makan kering jer tak berkuah takut tercekik lak. Resepi asal dari Yummiez@MyR tapi dah ubah suai sket ikut tekak dan bahan yg sedia ada. Jom ler layan resepi...

Bahan-bahan

  • Bahan hiris:
  • 2 ulas bawang putih
  • 1/2 biji bawang merah
  • 1 cm halia
  • Bahan tumbuk:
  • 2 ulas bawang putih
  • 1/2 biji bawang merah
  • 1 cm halia
  • 1 kulit kayu manis
  • 3 biji buah pelaga
  • 3 biji bunga cengkih
  • minyak secukupnya (lebih sikit pun takpe)
  • 2 sudu besar rempah kari daging
  • air asam jawa secukup rasa
  • Tetel- daging lembu yg ada lemak
  • 1/2 cawan kacang dhal (direbus hingga lembut, sebahagian diambil dan ditumbuk hingga hancur)
  • sayur2 spt karot, kacang panjang, terung bulat dan ubi kentang
  • santan
  • garam secukup rasa

Cara-cara

  1. Hiris semua bahan hiris dan ketepikan. Sediakan rempah2 seperti di atas. Potong sayur mengikut kreativiti masing2.
  2. Gaulkan rempah kari daging dgn sedikit air.
  3. Tumbuk semua bahan tumbuk dan ketepikan.
  4. Panaskan minyak di dalam periuk. Setelah minyak panas, masukkan bahan hiris dan tumis. Sebelum bahan2 hiris berubah menjadi kuning, masukkan kulit kayu manis, buah pelaga dan bunga cengkih. Tumis hingga naik bau dan kekuningan.
  5. Masukkan campuran rempah daging yg dicampur air tadi ke dalam periuk dan biarkan seketika. Kemudian, masukkan bahan tumbuk dan kacau. Tambah sedikit air supaya rempah cair sedikit dan teruskan hingga rempah naik minyak.
  6. Tambah air asam jawa.
  7. Masukkan daging tetel.
  8. Setelah tetel separuh masak, masukkan semua kacang dhal yg direbus dan juga yg ditumbuk. Gaul rata.
  9. Masukkan semua sayur2 yg telah dipotong tapi kacang panjang masuk last sekali sbb nanti lembik sgt . Tambah garam secukup rasa.
  10. Tambah air mengikut kepekatan yg disukai. Kemudian, tambahkan santan secukupnya. Masak sehingga mendidih dan tutup api. Pastikan ubi kentang dan lobak sudah lembut.

Tuesday, June 16, 2009

Ayam Masak Merah

Nie lagi satu regu untuk nasi beriani, rasenya masa entry nie di posting, tuan rumah dah berada nun di Negeri Bawah Bayu kerana terpaksa mempegerusikan satu mesyuarat. Hari khamis baru balik semula ke KL. Jadi sorry ler kalau tak sempat nak jawab komen teman-teman bloggers yea.. moh ler kita lihat resepi ayam nie. Memang marvelousssss...

Bahan-bahan ayam goreng:-
1 ekor ayam
sikit garam dan kunyit

Bahan kisar:-
10 biji cili kering
2cm halia
1 labu bawang merah

Bahan lain
1 cwn sos tomato- kalu nak sedap guna tomato puri 1 tin
1 biji tomato didadu
1 batang serai -dititik
1 labu bawang merah-dipotong bulat
1 tin kecil kacang peas.

Cara-caranya:-
Potong kecil2 ayam, bersihkan, gaulkan bersama garam dan kunyit (jamie guna kunyit hidup) kemudian goreng, takyah garing sgt nanti keras lak. letak tepi.

Tumis bahan kisar, sampai naik bau, kemudian masukkan sos tomato dan buah tomato dadu. Tumis sehingga pecah minyak.

Masukkan ayam, kacau dan masak sampai kuah pekat. Masukkan pula bawang yg dipotong bulat serta kacang peas. Biar 1-2 minit. Padamkan api. dah sedia untuk dingap...

Monday, June 15, 2009

Acar Mentah

Acar ni dimasak sebagai lauk sampingan untuk nasi beriani karam, nak buat simple jer, resepi org yg dah kepenatan. Bahan-bahan yg diperlukan:-
-Timun
-Nenas
-Bawang merah
-Lada merah
-garam, gula dan cuka

Caranya:-
Hiris semua bahan, perisakan dgn garam, gula dan cuka. Siap.
Mudahkan.

Air Carrot Susu


Bonda tercinta request nak minum carrot susu. Setelah 2-3 hari ditangguhkan, akhirnya tertunai ler hajat dihati bonda. Sedap ker mak?.. Nak buat dia very the simple. cuma perlukan carrot, susu pekat manis, air dan ais. Kuantiti ikut suke nak buat berapa jug. Memula blend carrot campur air sampai hancur, tapis carrot dan ambil airnya ajer, pastu campurkan susu pekat manis, letak ais, kacau dan siap.. sedap dan elok utk kesihatan sbb carrot byk beta karotin.

Sunday, June 14, 2009

Nasi Beriani Karam


En Hubby complained semalam makan tak de lauk padahal aku masak sambal sotong berkacang, hati dan pedal masak kicap, sayur kobis dan sawi masak bening, telur dadar and telur masin. Pelik sungguh begitu banyak lauk boleh kata takde lauk, sudahnya dia masak telur dadar campur kicap. Dalam hati terpikir2 maybe dia rase masakkan tu simple sgt and dia nak wife dia masak yg complicated sikit. So hari ni aku masak nasi beriani karam bersama-sama set lauk nye. Resepi amik kat umah Cik Mat, sorry yea Cik Mat cut n paste, senang buat rujukan di lain hari, Lepas Nina balik sekolah jam 11 pagi operasi masak2 pun bermula dan jam 3 petang baru selesai, Ambik ko! Kebulur semua org kat lam rumah, tunggu nasi beriani dan setnya masak sampai tertido2, sorry ler, gitu ler kalau amateur yg masak..:).

BAHAN UTAMA :-)

2 keping dada ayam saiz besar, potong sederhana besar, cuci dan toskan-Jamie tukar daging
1 cawan susu sejat + 1 cawan air
150 g minyak sapi
500 g beras basmathi, cuci dan rendam 30 minit, toskan
2 helai daun pandan
2 batang serai, dititik
1/2 cawan sos tomato
2 biji cili hijau*
2 biji bawang besar*
4 ulas bawang putih*
1 inci halia*
40 g kacang gajus*
30 g kismis*(*dikisar halus)
1 biji bawang besar, hiris
2 ulas bawang putih, hiris
1 batang kayu manis*
1 kuntum bunga lawang*
3 biji buah pelaga*
5 kuntum bunga cengkih*(*bahan tumis)
2 camca besar penuh, rempah beriani

BAHAN-BAHAN TABUR :-)
1/2 cawan kismis
50 g kacang gajus, digoreng hingga kekuningan
3/4 cawan hirisan daun ketumbar
Secubit koma2*
1/3 cawan susu sejat, dipanaskan*(*dicampur)
1/2 cawan bawang goreng
2 helai daun pandan, disimpul

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. LANGKAH PERTAMA :- Panaskan minyak sapi dalam kuali, hingga cair. Masukkan bawang besar hiris, bawang putih hiris, bahan tumis, serai dan 1 helai daun pandan. Bila harum, masukkan bahan2 kisar, rempah beriani dan sos tomato. Masak hingga terbit minyak.
  2. Masukkan ayam dan gaul rata. Tuang susu sejat dan tambah garam secukup rasa (dalam 1 camca teh, kalau kurang boleh tambah lagi), kecilkan api dan masak hingga ayam masak dan kuah pekat, biar kering sedikit. Ketepikan.
  3. LANGKAH KEDUA :- Didihkan air (biar byk sedikit), masukkan daun panda. Bila air mendidih, masukkan beras tadi dan masak 5 - 6 minit hingga beras menjadi butiran yang lembut dan tidak keras. Angkat dan toskan.
  4. LANGKAH KETIGA :- Sedikan periuk nasi elektrik, dan juga bahan2 tabur. Masukkan 1/3 bahagian nasi tadi, ratakan. Masukkan 1/2 bahagian lauk ayam, tabur gajus, bawang goreng, daun ketumbar, kismis, 1 helai daun pandan dan sudukan bancuhan susu dan koma2 ke beberapa bahagian nasi. Tambah 1/3 bahagian nasi lagi dan lakukan kaedah yang sama.
  5. LANGKAH TERAKHIR :- Untuk lapisan terakhir tabur bahan2 lebihan dan tanak sekurang2nya 30 minit menggunakan rice cooker elektrik. Gemburkan nasi dan boleh hidangkan. Tabur bawang goreng dan hirisan daun sup/daun bawang....* Jamie tak letak daun pandan sbb lupa nak beli :), kalau letak lagi harum bau dia.

Saturday, June 13, 2009

Cheesecake Dua

Jangan silap pulak ye.. bukan nama kek nie cheesecake dua tapi I dapat tempahan dua biji cheesecake from my boss utk dibawa balik ke kg halaman beliau. Kira dia jadi my first customer lah (actually 2nd customer sbb dulu penah buat 2 biji moist coklat kek utk my babysitter). Disebabkan dia tak kesah kek apa asalkan ciskek maka I decided to make blueberry cheesecake and oreo cheesecake. Oreo cheesecake tak sempat pulak nak amik gambar sebab siap pon dah lewat malam. Resepi Blueberry cheesecake adalah dari N3 sebelum nie, cuma tukar strawberry dgn blueberry and double the resepi to make a larger cake. Harap2 sedap lah ye.. So ada sapa2 nak oder lagi.. sila angkat kaki..

Friday, June 12, 2009

Udang Galah

Dah dua malam berturut-turut makan makanan yang berasaskan udang sebab nak perabih stok udang galah yang dibawa dari kampung. Udang nie abang ipar yang bagi hasil pancingan dia, adalah dekat 2 kilo lebih, kalau beli tak taulah dah berapa ringgit. Semalam buat mee kari udang, tapi gambar tak dapat nak amik sebab kamera dah abis bateri. Hari ni buat udang goreng celup tepung request dari en hubby dan seafood tomyam requested by my mother. Sekali-sekala ok lah kot makan udang nie sbb udang ni high in kolesterol you... so better be careful.

Wednesday, June 10, 2009

Dapurku Terbakar

Sori lama tak update, tuan rumah balik kg, bercuti sakan sempena cuti sekolah walaupun anak lum sekolah lagi. Tapi ada cerita mengerikan sebelum balik ke kampung, wet kitchen ku terbakar! Nasib baik api dapat dikawal tanpa perlu bantuan bomba, alhamdullilah... kalau tak habis ler dapur baru jiranku terbabit sama hehehhehe...
Citer nye lebih kurang gini ler... sedang aku leka memasak tiba2 hanset ku berbunyi kring..kring..kring.. rupanya en hubby yg call soh tolong carikan surat beranak dia kat lam stor. Dan sebagai isteri mithali yg takmau ingkar perintah aku pun meninggalkan ikan yg tengahku goreng sendirian didapur dgn keadaan pintu dapur tertutup sbb tiupan angin yg terlalu kuat dari arah hadapan rumah . Nasib baik dapat cari surat beranak tu cepat walaupun dgn keadaan stor yg macam kapal nak karam n kalau tikus masuk pun sesat tuh. Setelah berjaya mendapatkan surat beranak tsbt aku bergegas ke dapur semula utk menjenguk dan merisik kabar ikan yg ditinggalkan sendirian tapi alangkah terkejut badaknya apabila ku tengok api sedang marak menjulang. Tapi mujurlah aku tak panik, masih dapat berpikir dgn waras walaupun Aci belakang rumah dah menjerit-jerit ketakutan. Tindakan pertama yg ku ambil ialah putuskan bekalan gas dan angkat tong gas masuk lam rumah. Lepas tu api dah mula ok, aku amik air kat sinki dan siram kat tuala yg dah rentung, lepas tu baru siram kat dapur gas tsbt. Dan hasilnya tarraaa..... ikan yg masih setia dalam kuali dan dapur yg separuh rentung...Keadaan dapur yg dah tak dapat diselamatkan, huhuhu terpaksa beli dapur baru, dapur hadiah kawen nie, tp sib baik masih ada dapur kat dry kitchen.Tuala yg turut terkorban dalam cerita ini. Gril nie pun turut menjadi mangsa, sampai sekarang kesan peninggalan sejarah masih boleh dilihat. Macam hint nak suruh buat dapur baru jek.... :)

Thursday, June 4, 2009

Oreo Cheesecake (Baked)

Memang best ler oreo cheesecake nie. Tengok Kak Ummi pun dah buat 2-3 kali, sampai ramai org yg oder sure sedap nie dan ternyata memang sedap pun. So resepi cut & paste dari umah Kak Ummi jer yea, thanks u very much. Tapi seperti biasa oreo tu kena sorokkan dari pandangan mata anak2 kalau tak alamat memang tak menyempat ler nak jadi kek nie.. hehehehhe

Bahan-bahannya:-
30 keping oreo cookies (buang cream tengah) - kisar halus
1/4 cawan butter - cairkan

Bahan Filing:-
16 oz (2 cawan) cream cheese - lembutkan
1/2 cawan gula halus
1/2 sudu teh esen vanila
1/2 cawan sour cream
2 biji telor
1 cawan oreo yang dicincang halus

Cara-caranya:-

Base :- gaulkan oreo kisar dengan butter cair rata-rata. Tekan dalam loyang yang telah digris dan dialas. Pre-heat oven pada suhu 180 Celcius.

Filling:- Pukul cream cheese, gula dan esen vanila dengan kelajuan sederhana hingga benar-benar sebati. Masukkan sour cream dan pukul sebati. Masukkan telor satu persatu dan pukul sebati. Kemudian masukkan oreo yang telah dicincang halus tadi, kaup balikkan hingga rata. Bakar secara "steam bake" (letak loyang adunan dalam loyang lain yang berisi air) pada selama 45 minit/hingga bahagian tengah benar2 masak. Sejukkan sekurang-kurangnya selama 4 jam/bermalam.

Gambar kureng menarik sket sebab malas tul nak posing beria-ia. Amik gambar kat dapur jer.. tu yang malap jer tu.. yang penting rasenya kan...

Wednesday, June 3, 2009

Bercuti di Janda Baik dan Bukit tinggi Part II

Bergambar didepan tapak perkelahan Pak Lah sebelum ke Bukit Tinggi Resort.
Colmar Tropicale, tumpang guna toilet and solat asar jer kat situ.

Di Japanese Tea House Bukit Tinggi, nak sampai ke sini kena naik kenderaan yang disediakan, cuak gak takut jatuh ke gaung.
Subhanallah!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails